PIHAK pengurusan atasan Sea Limited akan melepaskan gaji mereka dan mengetatkan dasar perbelanjaan syarikat itu, sedang syarikat gergasi e-dagang dan permainan elektronik (gaming) Singapura itu cuba melindungi dirinya daripada kelembapan ekonomi yang mengancam syarikat teknologi.

Ketua eksekutif Encik Forrest Li berkata demikian dalam satu memo dalaman yang dihantar ke kakitangan kelmarin bahawa pasukan kepimpinan telah memutuskan bahawa ia tidak akan mengambil sebarang pampasan wang tunai sehingga syarikat mencapai kemampuan berdikari.