Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

StanChart bincang dengan kakitangan terjejas selepas jual niaga penerbangan

Aug 30, 2023 | 6:12 PM
BERTUKAR TANGAN: Penjualan perniagaan kewangan penerbangan global Bank Standard Chartered itu termasuk aset operasi bernilai AS$700 juta dan pinjaman berjumlah AS$2.9 bilion kepada AviLease, syarikat pajakan pesawat yang disokong Arab Saudi.  
BERTUKAR TANGAN: Penjualan perniagaan kewangan penerbangan global Bank Standard Chartered itu termasuk aset operasi bernilai AS$700 juta dan pinjaman berjumlah AS$2.9 bilion kepada AviLease, syarikat pajakan pesawat yang disokong Arab Saudi.   - Foto REUTERS

Bank Standard Chartered sedang berbincang dengan para kakitangan yang terjejas di Singapura selepas ia menjual perniagaan kewangan penerbangan globalnya kepada syarikat Aircraft Leasing Company (AviLease), bernilai AS$3.6 bilion ($4.9 billion).

Penjualan itu termasuk aset operasi bernilai AS$700 juta dan pinjaman berjumlah AS$2.9 bilion kepada AviLease, syarikat pajakan pesawat yang disokong Arab Saudi.  

“Perbincangan masih berterusan dan ia masih terlalu awal untuk komen selanjutnya,” kata seorang jurucakap untuk bank itu kepada akhbar The Straits Times, apabila ditanya bagaimana kakitangan di unit Singapura akan terjejas.

Secara berasingan, syarikat ekuiti swasta Amerika Syarikat, Apollo Global Management, telah bersetuju untuk membeli sebahagian besar portfolio pinjaman penerbangan bercagar AS$920 juta daripada StanChart. Ahli gabungan Apollo akan membeli baki pinjaman penerbangan.

AviLease diasaskan pada 30 Jun 2022 dan dimiliki Public Investment Fund, dana kekayaan negara Arab Saudi. Ia sedang berkembang pesat dalam usaha untuk menjadi salah satu daripada 10 syarikat pajakan pesawat terbaik di dunia.

Pengerusi AviLease, Encik Fahad Al-Saif, berkata “pemerolehan itu akan mendorong AviLease dan seterusnya akan menyokong ekosistem penerbangan Arab Saudi”.

Perniagaan kewangan penerbangan StanChart disenaraikan sebagai pemajak terbesar ke-21 berdasarkan nilai pasaran AS$3.7 billion armadanya dalam kedudukan Jurnal Airfinance 2022. Perniagaan itu mempunyai melebihi 120 pesawat yang disewakan kepada melebihi 30 syarikat penerbangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg