Topik diikuti
Pergi ke BHkuSuhaimi Salleh antara penerima anugerah perniagaan terkemuka
Jul 12, 2017 | 5:30 AM
Suhaimi Salleh antara penerima anugerah perniagaan terkemuka
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Consulting Group, Encik Suhaimi Salleh, telah menerima Anugerah Perniagaan Terkemuka Singapura Dun & Bradstreet, menjadikan beliau usahawan Melayu/Muslim pertama diberi anugerah itu.
Beliau antara 21 penerima anugerah tersebut, yang diperkenal bagi mengiktiraf pencapaian usahawan syarikat kecil dan sederhana (SME) yang menjadi pemimpin industri dalam bidang masing-masing, mempunyai prestasi perniagaan boleh dicontohi dan amalan perniagaan baik.