Sumbangan masyarakat 10 wanita S'pura diiktiraf badan niaga Sabah
Premium
Sumbangan masyarakat 10 wanita S'pura diiktiraf badan niaga Sabah
Penerima termasuk pengasas kumpulan pemerkasaan wanita, pemilik restoran dan spa
Jun 14, 2022 | 5:30 AM
ANTARA PENERIMA: Enam daripada 10 wanita yang menerima Anugerah Cemerlang Wanita 2022 di majlis penyampaian anugerah pada 4 Jun lalu ialah (dari kiri) Ustazah Zarina Begam Abdul Razak, Cik Azmawati Mahmud, Cik Shasha Ashita Abu, Cik Linda Ma'arof, Cik Fadilah Majid dan Cik Norhafizah Nijam Mohamed. - Foto-foto LITTLE.HD -
Seramai 10 wanita Singapura telah diiktiraf dalam satu majlis Anugerah Wanita Cemerlang anjuran Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) di Regale @ Warren Golf & Country Club baru-baru ini. Ia diadakan sebagai sebahagaian daripada anugerah yang mengiktiraf sumbangan wanita serantau yang berjaya memberi sumbangan kepada masyarakat di Singapura dan Malaysia. Apakah pencapaian wanita-wanita ini? BERITA HARIAN menemu ramah beberapa pemenang.
SEJAK muda lagi, Cik Norhafizah Nijam Mohamed bertemu dengan beberapa wanita yang menghadapi cabaran sukar, seperti menjadi ibu tunggal atau didera oleh suami mereka.

