Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Surbana Jurong akan belanja $300j bagi pemerolehan strategik

Mar 11, 2024 | 02:44 PM



Surbana Jurong (SJ), syarikat perundingan bandar, prasarana dan khidmat terurus milik penuh syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings, merancang membelanjakan $300 juta sepanjang tiga tahun akan datang untuk pemerolehan strategik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Surbana Jurong Group, Encik Sean Chiao, berkata pelaburan tersebut akan memberi tumpuan kepada usaha memajukan kemampanan dan peralihan tenaga serta inovasi digital, termasuk huraian yang didorong kecerdasan buatan (AI).

Ia bertujuan mengoptimum penggunaan tenaga, mengurangkan pembaziran dan memperbaiki kecekapan dalam persekitaran terbina.

“Kami sedang mencari tukikan. Bagaimanakah M&A (penggabungan dan pemerolehan) dapat meningkatkan keupayaan sektor pasaran kami dan mengukuhkan jejak kami di seluruh dunia?” katanya dalam temu bual pertamanya dengan The Business Times (BT) sejak dilantik menyandang jawatan tertinggi itu pada April 2023.


“Menurut pelan SJ26, kami menjangka pendapatan meningkat lebih seganda,” ujar beliau.

Sebahagian daripada pertumbuhan itu berkembang secara organik, manakala sebahagian lagi disebabkan M&A, tambah beliau.

Encik Chiao merujuk kepada pelan hala tuju strategik SJ26 syarikat perundingan itu yang diperbaharui, yang mencatat pertumbuhannya sehingga 2026.

Syarikat itu menetapkan matlamat meraih peratusan keuntungan sebelum faedah, cukai dan penurunan nilai aset sebanyak dua angka menjelang 2026, katanya.

“Kami mahu (meningkatkan) SJ menjadi perunding kejuruteraan reka bentuk peringkat pertama di dunia. Kami berada di nombor satu di Asia, tetapi kami mahu berada dalam kumpulan 10 teratas di peringkat sedunia,” katanya.

Temu bual itu diadakan di kampus baru SJ, yang akan dibuka secara rasmi pada 13 Mac.

Kampus tersebut, ibu pejabat sejagat baru syarikat itu, terletak di taman Cleantech di Kawasan Inovasi Jurong.

Kemudahan tersebut terdiri daripada 10 blok lima hingga tujuh tingkat, setiap satu boleh menempatkan lebih 3,000 pekerja.

Dalam beberapa tahun akan datang, SJ berhasrat meluaskan tumpuannya ke luar Asia dan Australia, kata Encik Chiao.

Beribu pejabat di Singapura, kumpulan itu kini mempunyai 16,000 pekerja di lebih 120 pejabat di sekitar 40 negara.

Menjelaskan peralihan tumpuan syarikat itu, Encik Chiao menarik perhatian terhadap permintaan bagi khidmat bertaraf dunia disebabkan bilangan penduduk yang kian meningkat.

“Sebagai perunding kejuruteraan sedunia, kami mengikut permintaan pasaran,” katanya.

Encik Chiao mendedahkan, pasaran utama SJ termasuk Arab Saudi, bandar utama di India, Amerika Syarikat, dan rantau Asia Tengah.

Beliau mengenal pasti empat sektor pertumbuhan, iaitu, tenaga, prasarana, air dan alam sekitar serta pengurusan kemudahan bandar pintar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >