
SURUHANJAYA Perakaunan Singapura (SAC), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan (MOF), telah secara tidak sengaja mendedahkan maklumat peribadi 6,541 orang kepada 41 penerima, dalam masa empat bulan tahun ini.
Dalam satu kenyataan semalam, SAC berkata kebocoran data itu mengandungi maklumat peribadi calon pentauliahan Akauntan Berkanun (CA) Singapura yang lalu dan terkini, kakitangan pertubuhan latihan yang diiktiraf, serta mereka yang terlibat dalam pentadbiran program pentauliahan CA, sebelum 17 Mei.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg