Susun jadual kerja dengan rapi, tunda projek yang tak begitu mendesak
Premium
Susun jadual kerja dengan rapi, tunda projek yang tak begitu mendesak
Sol Renovation cuba penuhi segala permintaan, namun pelanggan perlu juga bersedia kelengahan yang tak dapat dielak
Nov 28, 2021 | 5:30 AM
TEMPOH LEBIH LAMA: Encik Effendi akan memberitahu pelanggan bahawa kerja ubah suai dapur dan tandas akan mengambil masa sekitar enam minggu, tetapi perlu memberi masa tambahan satu atau dua minggu bagi sebarang kelengahan. - Foto SOL RENOVATION CONTRACTOR -
SEDANG kebanyakan pelanggan Sol Renovation Contractor amat memahami sekiranya berlaku kelengahan dalam kerja ubah suai rumah mereka dalam tempoh pandemik ini, ada segelintir yang perlu segera berpindah ke rumah baru.
Dalam keadaan ini, pengarah firma ubah elok itu, Encik Effendi Sudin, berkata pihaknya akan cuba sedaya upaya memenuhi keperluan mereka.

