Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat akuakultur setempat mahu eksport sistem pertanian mikro ke serata dunia

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA ladang di Singapura sedang memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan penghasilan mereka, tetapi satu syarikat pertanian berteknologi tinggi di sini kini ingin menjual lebih daripada hasil taninya.



Syarikat sayur tempatan, Sky Urban Solutions, semalam melancarkan sistem pertanian mikro baru yang ingin dieksport ke seluruh dunia.



Sistem itu menggabungkan akuakultur, pertanian sayuran tegak dan ruang yang boleh disesuaikan untuk menjadi tempat simpan.



Huraian seperti itu yang direka oleh syarikat teknologi makanan pertanian di sini bukan hanya membantu menangani cabaran keselamatan makanan Singapura, bahkan dapat membantu negara lain, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing semasa acara pelancaran tersebut.



Kata Encik Chan lagi, dengan adanya portfolio agroteknologi berbeza yang dapat menangani pelbagai cabaran - seperti menggunakan air atau teknologi dengan lebih cekap atau membolehkan tanaman alternatif seperti kentang ditanam di sini - ia memboleh Singapura meningkatkan hasil tempatan apabila diperlukan, lapor The Straits Times.



Sistem modular akuakultur Sky Urban Solutions digunakan untuk menternak ikan boleh dimakan seperti ikan tilapia atau ikan jelawat (sultan fish) di tingkat bawah dalam tangki yang dibuat daripada kontena kargo.



Di atas kontena itu terdapat rumah hijau dengan sistem khas bertingkat yang digunakan di ladang Sky Greens di Lim Chu Kang untuk menanam sayuran seperti cai xin dan xiao bai cai.



Saiz pertanian mikro ini contohnya, boleh diubah bergantung kepada keperluan petani, kata eksekutif projek Sky Urban Solutions, Encik Norman Koh.



Oleh kerana tapaknya diperbuat daripada kontena kargo, saiz seluruh operasi boleh disesuaikan mengikut keperluan ukuran.



Selain untuk tangki perumahan ikan, kontena kargo boleh digunakan untuk tujuan lain, seperti ruangan untuk penyimpanan atau pemprosesan sejuk, penginapan di ladang atau tempat untuk mesyuarat perniagaan, tambah Encik Koh.



Sistem ini juga direka agar bersifat mampan.



Panel solar di atas bumbung akan dapat menjana kuasa bagi seluruh operasi ladang, kata Encik Koh.



Penggunaan tenaga yang rendah di ladang itu disebabkan sistem pam hidraulik yang memanfaatkan kuasa graviti untuk menggerakkan beberapa pamnya.



Satu sistem ladang mikro seluas gelanggang bola keranjang, yang merangkumi rumah hijau, serta tangki udang dan ikan akan berharga kira-kira AS$300,00 ($403,000), kata Encik Jack Ng, Ketua Eksekutif, Sky Urban Solutions.



Ladangnya di Lim Chu Kang, yang mempunyai hasil sebanyak satu tan sebulan, sudah bermula mengeksport sistem pertanian tegaknya ke enam negara, termasuk Thailand dan Canada.



Semalam, mereka telah menandatangani dua perjanjian dengan institusi di India, China dan Malaysia, yang melibatkan kolaborasi seperti mengembangkan ladang baru di pasar sasaran atau menyokong teknologi pertanian.



Bercakap kepada pihak media, Encik Chan berkata Singapura, dengan keterbatasan dari segi tanah, air serta tenaga manusia, adalah mikrokosma di seluruh dunia.



Walaupun keselamatan makanan terus menjadi keprihatinan di Singapura dan serata dunia, Encik Chan berkata pandemik Covid-19 telah menonjolkan masalah ini dan membuat orang lebih menyedarinya.



"Ini memberi kami peluang untuk melihat bagaimana kami dapat bersaing dalam sektor ini," tambah Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >