Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat bioperubatan SG kumpul $820j dari Jan-Sep tahun ini

Dec 19, 2021 | 03:41 PM



SYARIKAT bioperubatan di Singapura telah mengumpul jumlah pembiayaan yang tertinggi sejauh ini, dengan lebih AS$600 juta (S$820 juta) dikumpul dari Januari hingga September tahun ini, menurut angka terbaru Enterprise Singapore (ESG).



Bahagian terbesar pelaburan ini diperolehi oleh beberapa syarikat Singapura yang paling berpotensi, termasuk firma bioteknologi Mirxes; Esco Lifesciences, yang membekalkan peralatan sains hayat kepada industri penjagaan kesihatan; serta syarikat permulaan teknologi kesihatan, Doctor Anywhere.



Cik Audrey Lok, pengarah kesihatan dan bioperubatan di ESG, berkata dana yang diperoleh telah meningkat lebih lima kali ganda kepada AS$464 juta pada 2020, daripada kira-kira AS$86 juta pada 2016.



"Kejayaan ini boleh dikaitkan dengan ekosistem kami yang semakin matang serta keupayaan kami untuk menarik pemacu (accelerator) berpengalaman dan firma modal usaha niaga ke Singapura, dan menghubungkan syarikat tempatan kepada nadi inovasi di seluruh dunia," katanya.



ESG menyokong perusahaan kecil dan sederhana di Singapura. Ia mengeluarkan angkanya awal bulan ini.



Cik Lok berkata ekosistem inovasi bioperubatan di sini telah berkembang hampir enam kali ganda sepanjang dekad yang lalu, dengan lebih 360 syarikat permulaan bioperubatan dan perusahaan kecil dan sederhana setakat ini.



"Ini sebahagiannya dipercepatkan oleh peningkatan permintaan untuk huraian bioperubatan semasa pandemik," tambahnya.



Tetapi industri yang berkembang pesat hari ini adalah hasil usaha bertahun-tahun.



Pelaburan besar dibuat pada awal 2000-an untuk membangunkan infrastruktur, modal insan dan modal intelektual bagi inovasi untuk berkembang maju dalam sektor bioperubatan, kata Profesor Benjamin Seet, timbalan ketua eksekutif kumpulan pendidikan dan penyelidikan di National Healthcare Group dan mantan pengarah eksekutif Majlis Penyelidikan Bioperubatan di Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).



"Terdapat ramai pengkritik, malah dalam kalangan penasihat antarabangsa kita. Ada yang berasa Singapura terlalu kecil, bahawa rakyat kita tidak cukup daya keusahawanan, bahawa pelabur kita terlalu mengelak risiko, bahawa pemerintah kita terlalu fokus pada pulangan pelaburan.



"Ia tidak membantu bahawa dalam dekad pertama, hanya terdapat segelintir biotech tempatan dan sedikit kejayaan," kata Profesor Seet.



Tetapi usaha itu akhirnya membuahkan hasil, dan sektor pembuatan bioperubatan pada 2019 menyumbang kepada kira-kira 4 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura, dengan masih banyak lagi ruang untuk berkembang, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >