Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Syarikat Fatimah Mohsin dipilih serikan pameran perkahwinan di Design Orchard

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



Meskipun sudah lama berkecimpung dalam bidang masing-masing, syarikat warisan seperti Fatimah Mohsin dan Restoran Hajah Maimunah tidak pernah berpeluk tubuh. Malah, mereka sering berusaha untuk terus meluaskan jenama masing-masing selain mempertingkat mutu produk dan khidmat yang diberikan agar kekal relevan. BERITA MINGGU meninjau usaha gigih yang mereka lakukan.




SEJAK kali pertama melibatkan diri dalam dunia fesyen, Cik Fatimah Mohsin memang sudah gemar pada desain klasik yang dihiasi dengan corak sulaman yang terperinci serta penggunaan les yang lembut lagi anggun.



Dengan semangat untuk terus memperbaiki dan memperhalusi desainnya, Cik Fatimah tidak pernah kenal erti penat dan terus memperjuangkan hasil rekaannya yang setiap kali mendapat sambutan menggalakkan.



Justeru tidak hairanlah jika syarikatnya dipilih sebagai antara syarikat perkahwinan warisan yang ditonjolkan dalam satu pameran perkahwinan kebudayaan.



Pameran bertajuk I Do - The Promise of a Lifetime yang diadakan di Design Orchard tahun ini memilih perkahwinan sebagai tema untuk mengetengahkan budaya setempat.



Berlangsung sehingga 11 November, orang ramai boleh menghayati budaya dan tradisi perkahwinan pelbagai bangsa di sini, sekali gus meraikan kepelbagaian budaya yang ada di Singapura.



Menurut seorang jurucakap Majlis Fesyen Singapura (SFC), syarikat Fatimah Mohsin dipilih berbanding syarikat perkahwinan Melayu yang lain kerana beliau merupakan ikon dalam sektor perkahwinan Melayu setempat.



"Syarikat Fatimah Mohsin juga telah mempamerkan hasil kerja yang teliti lagi sempurna, dengan tumpuan diberikan kepada perincian selain mahir dalam menggabungkan pelbagai bahan bagi menghasilkan satu kerja seni yang boleh digayakan.



"Pasukan kami juga amat berpuas hati dengan pengalaman meluas mereka menghasilkan set-up perkahwinan Melayu moden dan warisan.



"Cara mereka menghiasi ruang VIP kami juga cukup menawan bagi mereka yang menghadiri Pameran Peruncitan Desain Orchard," katanya.



SFC bertanggungjawab dalam mengendalikan Design Orchard - ruang peruncitan dan inkubasi yang bertujuan untuk membimbing dan mengetengahkan pereka baru dalam sektor gaya hidup dan fesyen bagi mempersiapkan mereka untuk dibawa ke luar negara.



Mengulas, Cik Fatimah berkata ia merupakan satu penghargaan apabila syarikatnya dipilih kerana secara tidak langsung, ia meningkatkan lagi jenama Fatimah Mohsin ke taraf yang lebih tinggi serta dikenali dalam kalangan bangsa lain.



Cik Fatimah 47 tahun, yang sudah berkecimpung dalam bidang itu sejak tahun 2000, berkata untuk terus bertahan dalam industri yang kerap berubah dengan adanya pesaing baru yang lebih muda, beliau perlu mengambil kira maklum balas yang diberi bukan sahaja daripada pelanggan tetapi juga daripada kakitangannya.



Baginya, sering memperbaharui desainnya adalah perlu untuk terus menarik perhatian pelanggan daripada semua lapisan umur.



"Kalau dulu, saya yang selalu buat keputusan mengenai sesuatu desain tetapi sekarang saya beri kebebasan kepada pasukan saya untuk mencurahkan idea dan kreativiti mereka.



"Kita perlu mendengar keinginan warga muda dan menggabungkannya dengan kepakaran yang saya miliki. Dengan ini, kita dapat melahirkan hasil rekaan yang dapat diterima ramai," katanya.



Ditanya tentang pelan seterusnya dalam usaha meluaskan lagi jenama Fatimah Mohsin, Cik Fatimah berkata beliau sedang dalam perancangan untuk membawa jenama itu ke Australia, khususnya di Perth, tahun depan.



Pihaknya telah melakukan kajian pada 2019 dan mendapati terdapat pasaran Muslim yang agak besar di sana. Mereka juga telah mengenal pasti rakan kongsi yang akan mengendalikan jenama itu di sana.



Di samping itu sekitar Januari tahun depan, syarikat itu juga akan mengambil bahagian dalam satu pameran perkahwinan di Perth sebagai satu usaha untuk mendedahkan lagi jenama mereka kepada penduduk di sana.



Memberikan nasihat kepada mereka yang melibatkan diri dalam industri ini, Cik Fatimah berkata usah mudah mengaku kalah meskipun pernah kecundang dalam usaha yang dilakukan.



Malah baginya meskipun telah meraih pelbagai pencapaian bermakna sepanjang kerjayanya, beliau masih mahu terus berusaha untuk meningkatkan dan meluaskan lagi jenamanya.



"Saya ambil inspirasi daripada pereka fesyen baju perkahwinan Vera Wang yang hanya menghasilkan rekaan pertamanya pada usia 40 tahun.



"Jadi usia tidak seharusnya menjadi penghalang bagi sesiapa untuk mencapai impian mereka," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >