Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat fintech S’pura G-EMx Technologies meterai 2 MOU di Uzbekistan

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Asmadi Ahmad turut galak syarikat Singapura teroka peluang di Asia Tengah
Jun 30, 2023 | 02:39 PM



Meskipun syarikatnya baru ditubuhkan kurang daripada dua tahun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) G-EMx Technologies, Encik Asmadi Ahmad, 50 tahun, berjaya menandatangani dua memorandum persefahaman (MOU) baru bersama dua syarikat di Uzbekistan.

Persetujuan itu dicapai semasa beliau, bersama delegasi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), menyertai Presiden Halimah Yacob melakukan lawatan negara rasmi ke Kazakhstan dan Uzbekistan pada Mei.

Encik Asmadi, seorang anggota SBF, berkata beliau teruja ketika mendapat e-mel daripada SBF beberapa bulan lalu mengundang para anggota yang berminat untuk meneroka peluang perniagaan baru di kededua negara itu.

“Apabila saya melihat e-mel itu, saya terus mendaftar kerana negara-negara ini merupakan negara Asia Tengah dan ia membuka pintu bagi syarikat Singapura untuk meneroka pasaran baru.

“Ia juga peluang bagi syarikat saya untuk menawarkan khidmat kami melangkaui pasaran Asia Tenggara,” kata Encik Asmadi.

G-EMx Technologies adalah firma teknologi kewangan (fintech) yang menawarkan khidmat pembayaran perniagaan-ke-perniagaan (B2B). Ia menyediakan khidmat bagi perniagaan yang memerlukan transaksi pembayaran rentas sempadan, seperti membuka akaun digital bagi mempermudahkan bayaran rentas negara.


MOU pertama merupakan kerjasama antara syarikat G-EMx Technologies bersama Taman Teknologi Maklumat (IT) Uzbekistan dengan kedua-dua syarikat akan meneroka kerjasama dalam empat bidang utama iaitu latihan dan pembangunan profesional IT; perkhidmatan perundingan IT; pembangunan bersama bagi penyelesaian IT; dan usaha untuk mempromosi export IT.

Taman IT Uzbekistan adalah taman teknologi yang disokong pemerintah Uzbekistan bagi mempromosikan pelaburan industri teknologi ke luar negara.

“Melalui kerjasama ini, kami dapat menyediakan pangkalan operasi di Taman IT Uzbekistan sambil menikmati dasar properniagaannya. Kami mengalu-alukan peluang ini yang akan menyaksikan kededua negara berkongsi teknologi dan bakat,” kata Encik Asmadi.

MOU kedua merupakan kerjasama baru antara syarikat G-EMx Technologies bersama UIC Group, konglomerat perniagaan terkemuka yang berpangkalan di Tashkent, Uzbekistan.

Menurut Encik Asmadi, persetujuan itu membolehkan kedua-dua syarikat memanfaatkan teknologi termaju bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi rentas industri.

“Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber, kami menyasar untuk mencipta penyelesaian baru bagi menangani keperluan perniagaan dan pengguna yang semakin berkembang di Uzbekistan,” kata Encik Asmadi.

Ketika ditanya Berita Harian, beliau berkata pengalamannya di sana amat indah dan beliau juga turut menggalak peniaga Melayu Singapura agar berkembang ke Uzbekistan.


“Saya berasa seperti berada di rumah saya di sini kerana Uzbekistan adalah negara majoriti Islam yang mempunyai sejarah Islam yang lama.

“Tiada masalah bagi saya untuk mencari makanan halal atau masjid, lantas membuat saya lebih berminat berkembang dan meneroka peluang di sini,” ujar Encik Asmadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >