Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat kereta sewa Ryde buat penyenaraian kedua di Jerman

Jun 11, 2024 | 7:28 PM
Saham Ryde ditutup pada AS$6.89 pada 7 Jun lalu dengan 50 saham bertukar tangan di bursa saham Frankfurt dan Stuttgart di Jerman.
Saham Ryde ditutup pada AS$6.89 pada 7 Jun lalu dengan 50 saham bertukar tangan di bursa saham Frankfurt dan Stuttgart di Jerman. - Foto RYDE

Syarikat kereta sewa privet Ryde telah melengkapkan penyenaraian sekunder syarikat itu di bursa saham Frankfurt dan Stuttgart di Jerman, sedang ia berusaha menarik lebih ramai pelabur di Eropah.

Ryde tidak mengumpul sebarang dana sebagai sebahagian daripada penyenaraian pada 7 Jun itu.

Saham syarikat tersebut ditutup pada AS$6.89 pada hari sama dengan 50 saham bertukar tangan di kededua bursa saham itu.

Dalam penyenaraian sekunder, sesebuah syarikat menyenarai saham yang sama di bursa saham lain, selain di bursa saham utama.

Ryde mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham New York (NYSE) yang memberinya permodalan pasaran sekitar AS$133.5 juta ($180.6 juta) ketika ini.

Ia membuat penyenaraian di NYSE buat pertama kali pada 6 Mac dan memperoleh AS$12 juta melalui penjualan tiga juta saham biasa bernilai AS$4 sesaham.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ryde, Encik Terence Zou, berkata dalam satu kenyataan bahawa dengan penyenaraian di bursa saham Jerman, syarikatnya menambah bilangan pelanggan dan menjadikan cadangan jualan unik (USP) syarikat itu lebih mudah diakses oleh pasaran Eropah.

Menurut beliau, syarikat itu sedang melantik beberapa penasihat perhubungan pelabur baru yang memberi tumpuan kepada pasaran Jerman.

“Penyenaraian (di bursa saham) Jerman ini adalah langkah seterusnya dalam perjalanan syarikat tersenarai kami. Dengan kehadiran di Eropah dan Amerika Syarikat, Ryde menempatkan dirinya untuk memanfaatkan kumpulan pelabur yang merentasi pasaran berbeza di seluruh dunia,” kata Encik Zou kepada The Straits Times (ST).

Ryde kini beroperasi di Singapura. Encik Zou tidak menjelaskan sama ada Ryde berhasrat menawarkan khidmat pengangkutan privet di Eropah.

Penyenaraian Ryde di bursa tersebut dibuat sedang syarikat itu menanggung perbelanjaan dan kerugian semakin tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Ryde meraih pendapatan $8.8 juta pada 2022, pada umumnya didorong oleh khidmat kereta sewa privet dan khidmat kongsi naik kereta (carpool), yang membentuk sekitar tiga perempat daripada jumlah pendapatan syarikat.

Baki pendapatan sekitar $2.2 juta diraih daripada pengiklanan dan keanggotaan Ryde+ syarikat itu.

Namun, ia mencatat kerugian yang terus meningkat, iaitu sebanyak $1.24 juta pada 2021 dan $4.96 juta pada 2022.

Ia juga mengalami kerugian hampir $4 juta bagi enam bulan yang berakhir pada Jun 2023.

Saham Ryde kini didagangkan pada harga sekitar 70 peratus melebihi harga tawaran awam awal (IPO) AS$4 syarikat itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg