Topik diikuti
Pergi ke BHkuSyarikat mula pikat bakal pemandu wanita Arab Saudi

TINJAU KERETA BARU: Wanita Arab Saudi ini meninjau kereta yang dijual. - Foto AFP
Oct 11, 2017 | 5:30 AM
Syarikat mula pikat bakal pemandu wanita Arab Saudi
JEDDAH: Aplikasi perkongsian kenderaan, pembuat kereta, dan sekolah memandu kini menyasarkan pasaran terbaru mereka - wanita Arab Saudi - selepas Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz, mengeluarkan arahan bulan lalu membenarkan wanita memandu kereta di negara itu.
Khidmat perkongsian kenderaan Uber memberitahu Reuters mereka bercadang mengambil drebar wanita Arab Saudi untuk berkhidmat dengan syarikat itu menjelang akhir tahun ini.