Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat sewa kereta Hertz susun semula kewangan setelah industri sewa kereta 'semput'

Apr 24, 2020 | 7:54 AM
JEJAS PEKERJA: Logo syarikat sewa kereta Amerika Syarikat, Hertz, yang dilihat di lapangan terbang Nantes-Atlantique, Bouguenais dekat Nantes, barat Perancis. Syarikat ini sedang berunding bagi menyusun semula kewangannya setelah industri sewa kereta terjejas teruk akibat penularan koronavirus yang melanda seluruh dunia.
JEJAS PEKERJA: Logo syarikat sewa kereta Amerika Syarikat, Hertz, yang dilihat di lapangan terbang Nantes-Atlantique, Bouguenais dekat Nantes, barat Perancis. Syarikat ini sedang berunding bagi menyusun semula kewangannya setelah industri sewa kereta terjejas teruk akibat penularan koronavirus yang melanda seluruh dunia. - - Foto REUTERS

NEW YORK: Syarikat sewa kereta terkemuka dunia, Hertz Global Holdings Inc, kini dilaporkan sedang berurusan dengan penasihat penyusun semula hutang bagi meneroka pilihan untuk memperkukuh kewangannya selepas pandemik koronavirus 'membunuh' permintaan untuk sewa kereta, menurut mereka yang tahu tentang perkara tersebut.

Syarakat berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat, Estero, yang mana pemegang saham terbesarnya merupakan pelabur jutawan, Carl Icahn, kini menanggung kesan buruk keadaan yang menjejas teruk sektor pelancongan sedunia. Ia menyatakan ia akan membuang 10,000 pekerja kerana kehilangan pendapatan.

Jumlah tenaga kerjanya adalah 38,000 sehingga akhir 2019.

Hertz telah mendapatkan pakar penstrukturan dari firma guaman White & Case LLP dan bank pelaburan Moelis & Co bagi membantu menangani masalah kewangan yang menyebabkan hutang AS$17 bilion menimbun, kata beberapa sumber yang ditukil agensi berita Reuters.

Hertz dan para pemiutang juga sedang mempersiap rundingan yang berpotensi dan menyusun semula kewangannya, tambah beberapa sumber itu.

Sumber-sumber yang ditukil minta tidak dikenalpasti kerana perkara ini rahsia. Wakil dari Hertz, White & Case dan Icahn tidak memberi jawapan serta-merta apabila diminta mengulas. Jurucakap Moelis enggan mengulas. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg