Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat SG labur $1.75 bilion di Guangdong, China

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



PERDAGANGAN dua hala antara Singapura dengan Guangdong kekal kukuh meskipun adanya pandemik Covid-19, dengan syarikat mengejar peluang dalam bidang seperti inovasi, hak cipta intelektual (IP) dan kewangan.



Syarikat Singapura telah membuat pelaburan berjumlah 8.3 bilion yuan ($1.75 bilion) dalam wilayah China itu tahun lalu - hampir 10 peratus lebih tinggi berbanding pelaburan yang dibuat pada 2019 walaupun adanya pandemik ini, kata Enterprise Singapore (ESG) dalam kenyataannya semalam.



Perdagangan dua hala antara Singapura dengan Guangdong berjumlah AS$18.3 bilion ($24.6 bilion) tahun lalu dan mencapai AS$9.7 bilion ($13 bilion) dalam separuh pertama tahun ini.



Guangdong merupakan rakan perdagangan wilayah teratas Singapura tahun lalu.



Berucap di pertemuan Majlis Kerjasama Singapura-Guangdong Ke-12 yang diadakan dalam talian semalam, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata wilayah itu merupakan destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat Singapura, tidak kira saiz dan sektor operasi mereka.



ESG berkata terdapat peningkatan kepelbagaian syarikat Singapura yang mengadakan kolaborasi di Guangdong, dengan syarikat tertarik dengan pertumbuhan di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao.



Contohnya, 'unicorn', iaitu firma bernilai lebih AS$1 bilion ($1.34 bilion), teknologi Singapura, PatSnap, sedang bekerjasama dengan Biro IP Daerah Pembangunan Guangzhou untuk mempermudahkan penggubalan dasar.



Platformnya akan membantu pegawai daerah memahami kekuatan teknologi syarikat tempatan mereka dan mengenal pasti peluang kerjasama baru.



Encik Ong, yang mempengerusikan bersama majlis itu dengan gabenor Guangdong Ma Xingrui, mengetengahkan kemajuan yang telah dibuat dalam bidang kerjasama seperti pertukaran bakat dan inovasi.



Beliau memberi contoh bagaimana sekolah baru Akademi SingChin di Guangzhou, yang menawarkan kurikulum dwibahasa selama 12 tahun, menerima kumpulan pelajar pertamanya bulan lalu.



Akademi Guangzhou SingChin itu adalah anggota gabungan keluarga sekolah Hwa Chong di luar Singapura.



"Dengan pembangunan Kawasan Teluk Besar dan tumpuan Singapura pada membangunkan ekonomi digital dan kemampanan, terdapat juga skop bagi kedua-dua pihak meneroka kerjasama dalam pembuatan bijak, penjagaan kesihatan dan bioperubatan, dan juga ekonomi hijau," kata Encik Ong.



Beliau turut menyentuh tentang bagaimana syarikat Singapura sedang mengambil langkah bergerak di luar bandar besar seperti Shenzhen dan Guangzhou ke bahagian lain dalam Kawasan Ekonomi Pantai Guangdong, termasuk bandar Shantou dan Yangjiang.



Misalnya, Bludotasia Engineering, yang mempunyai pengkhususan dalam konsep runcit inovatif, sedang memperluaskan kemudahannya seluas 14,600 meter persegi di Yangjiang untuk menjadi sebuah taman perindustrian runcit.




"Dengan pembangunan Kawasan Teluk Besar dan tumpuan Singapura pada membangunkan ekonomi digital dan kemampanan, terdapat juga skop bagi kedua-dua pihak (Singapura dan Guangdong) meneroka kerjasama dalam pembuatan bijak, penjagaan kesihatan dan bioperubatan, dan juga ekonomi hijau."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >