Premium
Syarikat tebar sayap ke luar negara dengan bantuan SBF
Lebih 2,500 niaga S'pura dibantu di bawah GlobalConnect@SBF sejak inisiatif dilancar pada 2019
Feb 20, 2021 | 5:30 AM
TEMBUSI PASARAN: Cik Amanda Aida berkongsi pengalaman niaga dengan Encik Chan mengenai produk pelanggannya yang menggunakan khidmat mesin layan diri yang diuruskan beliau dan bakal dijual di Dubai dan Turkey. - Foto LIANHE ZAOBAO -
SELAMA dua tahun Cik Amanda Aida Atan berusaha untuk menembusi pasaran Dubai dan Turkey, tetapi hanya bertemu kegagalan.
Namun selepas mendapatkan bantuan GlobalConnect@SBF - inisiatif oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) untuk membantu perniagaan berkembang ke luar negara - pemilik syarikat One Vibes Nation Vending & Franchise Management itu berjaya mendapat rakan kerjasama dipercayai dan saluran pengedaran di kededua pasaran itu dalam masa enam bulan.

