Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat telko S’pura raih kontrak $500j dari firma M’sia

Feb 08, 2024 | 06:28 PM



Kumpulan syarikat telekomunikasi yang tersenarai, TeleChoice International, meraih kontrak $500 juta daripada sebuah firma Malaysia yang berkembang pesat, yang boleh mengubah perniagaan syarikat itu.

Pada asasnya, perjanjian pengurusan rantaian bekalan selama tiga tahun itu akan membolehkan TeleChoice menjadi pembeli, pengedar dan ejen jualan bagi semua peranti mudah alih seperti telefon bimbit, dan produk boleh dipakai untuk U Mobile, syarikat telekomunikasi ketiga terbesar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TeleChoice, Cik Pauline Wong, memberitahu The Straits Times bahawa perjanjian itu boleh menandakan bermulanya pemulihan syarikat itu dan penyertaannya dalam sektor rantaian bekalan dan khidmat terurus di luar Singapura.


“Perjanjian ini menetapkan asas bagi pemulihan dan pertumbuhan kami mulai 2024 dan seterusnya,” katanya.

Beliau menambah, TeleChoice telah melalui beberapa tahun yang sukar sejak pandemik Covid-19, namun melahirkan keyakinan perniagaan syarikat itu akan kembali rancak pada 2024.

Syarikat yang dimiliki ST Telemedia itu ditubuhkan pada 1998 sebagai pengedar telefon bimbit dan produk boleh dipakai bagi StarHub, yang juga firma ST Telemedia. Ia tersenarai di Bursa Singapura (SGX) pada 2004.

Selain khidmat pengurusan runcit, e-dagang, pengedaran dan rantaian bekalan bagi peranti komunikasi mudah alih, TeleChoice menyediakan huraian maklumat dan komunikasi bersepadu, khidmat kejuruteraan rangkaian, serta pembekal produk telekomunikasi khusus.

Perniagaannya meraih keuntungan sejak 1998, namun pendapatannya merudum susuli pandemik Covid-19 dan kos yang meningkat disebabkan peralihan pantas daripada kemudahan 3G kepada 4G dan 5G sejak beberapa tahun lalu.

Syarikat itu mengalami kerugian tiga tahun berturut-turut sejak 2020, yang mendorong SGX meletakkannya dalam senarai pemerhatian pada 2023.

Bagaimanapun, Cik Wong, yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi dan memegang jawatan CEO pada Oktober 2023, berasa yakin syarikat itu bakal mengecap semula kejayaan masa lalu.

Menurutnya, cadangan nilai TeleChoice kepada pelanggan adalah keupayaannya menangani pelbagai masalah pelanggan dalam landskap yang bergerak pantas hari ini.

Beliau menyifatkan kontrak U Mobile itu sebagai tunggak utama dalam perjalanan untuk memulihkan syarikat itu, dan dibuat ketika TeleChoice mempunyai pelbagai pelanggan.

Ia mengendali rangkaian runcit Planet Telecoms dan juga merupakan rakan kongsi khidmat terurus StarHub Platinum Shops.

Ia juga mengurus kedai konsep pengalaman bagi syarikat pengeluar peranti mudah alih utama, seperti Samsung dan Oppo, dan menjadi rakan kongsi khidmat terurus dan pengedar perkhidmatan penuh bagi pembuat peranti pintar Honor di Singapura.

Cik Wong turut yakin TeleChoice berada dalam kedudukan kukuh untuk meraih beberapa lagi kontrak lumayan dalam bidaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >