Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pegerai manfaat wadah e-pembayaran

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



Program Transformasi Digital untuk Penjaja (Hawkers Go Digital) yang dilancarkan sejak Jun tahun lalu bertujuan menggalak penjaja, pemilik gerai di kedai kopi dan kantin perindustrian menawarkan khidmat e-pembayaran kepada pelanggan. Dua penjaja, Encik Mohamed Sehu Nina Mohd, pemilik gerai Mr Sehu Food Palace, dan Encik Akbar Ali, anak Habibula Abdul Rashid, pemilik gerai Five Star Fast Food dan Aysha Food Corne merupakan antara penjaja yang menyediakan khidmat e-pembayaran.




Tawar khidmat e-pembayaran sejajar usaha pendigitalan



SETELAH menjual tekstil di beberapa kedai selama sekitar 18 tahun, Encik Mohamed Sehu Nina Mohd, 61 tahun, membuat keputusan menukar pekerjaan menjadi tukang masak di pusat makanan.



Beliau mula memasak hidangan India seperti mi goreng, nasi goreng, rojak dan sup kambing di sebuah gerai di Pusat Makanan Adam Road pada 1990 dan kemudian di sebuah gerai di Taman Jurong dan Pasar Tekka.



Menurut bapa empat anak berusia antara 27 tahun dengan 40-an tahun itu, beliau telah belajar memasak daripada pak ciknya yang memiliki gerai di Pusat Makanan ABC Brickworks di Bukit Merah.



Tiga tahun lalu, berbekalkan lebih tiga dekad pengalaman menjaja, Encik Mohamed Sehu memohon tender bagi sebuah gerai di Kampung Admiralty. Permohonan itu diluluskan dan terlahirlah Mr Sehu Food Palace di Kampung Admiralty.



"Pelanggan kata makanan saya sedap. Mereka suka kuah rojak saya sebab saya guna keledek dalam kuah saya. Menggunakan keledek sebenarnya mengambil masa lebih lama untuk buat kuah rojak sebab keledek itu mesti dibersih dan direbus dahulu. Tetapi, ia akan buat kuah rojak rasa lebih sedap," katanya.



Sebagai penjaja dalam era teknologi ini, Encik Mohamed Sehu akur operasinya perlu mengikut perkembangan.



Lantaran itu, beliau menawarkan khidmat e-pembayaran melalui DBS Paylah! sejak dua tahun lalu.



"Saya rasa e-pembayaran ini baik dan ia juga senang untuk saya tahu berapa banyak saya perolehi melalui penyata bank," katanya.



Keputusan Encik Mohamed Sehu menawarkan khidmat e-pembayaran ini sejajar dengan usaha pemerintah menggalak dan menggunakan pendigitalan.



Program Transformasi Digital untuk Penjaja (Hawkers Go Digital), anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Pejabat Digital SG (SDO) dilancarkan 8 Jun 2020, telah menunjukkan kemajuan dengan bilangan penjaja yang menawarkan e-pembayaran semakin meningkat.



Sejak tujuh bulan lalu, Duta Digital Pejabat Digital SG (SDO) telah mendekati lebih 18,000 pemilik gerai, dengan lebih daripada 8,400 pemilik gerai telah menggunakan penyelesaian e-pembayaran sepadu (UePS) dan lebih 7,000 pemilik gerai mendapat bonus e-pembayaran.



Selain mempunyai khidmat e-pembayaran, Encik Mohamed Sehu turut bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan, Food Panda, Grab dan Bungkus lebih setahun lalu.



Ini membolehkan pelanggannya memesan makanan melalui aplikasi syarikat penghantaran makanan tersebut.



"Tahun lalu, kami dapati kurang pelanggan akibat pandemik Covid- 19. Jadi, dengan adanya khidmat penghantaran makanan, ia membantu kami mempunyai pelanggan," kata Encik Mohamed Sehu, yang juga terlibat dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui program Belanja Satu Hidangan@ Woodlands (Belanja A Meal @ Woodlands).




Akur e-pembayaran mudah dan selamat



SUDAH lebih 40 tahun, Encik Akbar Ali Habibula Abdul Rashid, 60 tahun, mencari rezeki sebagai penjaja.



Beliau penjaja generasi kedua yang mengambil alih perniagaan daripada bapanya dengan menjual makanan India seperti mi goreng, nasi goreng, rojak, murtabak, roti john serta makanan Barat seperti stik ayam.



Bapanya menubuhkan gerai makanan itu yang dinamakan Five Star Fast Food di Taman Jurong pada 1978.



Beliau kemudian mengambil alih pada 1992 dan pada 2018 memindahkan gerainya ke Pusat Makanan dan Pasar Marsiling Mall.



Bapa empat anak berusia antara 21 tahun dengan 38 tahun itu juga menubuhkan gerai keduanya, Aysha Food Corner, menamakan gerai itu sempena nama anak perempuan ketiganya.



Gerai Aysha Food Corner - menjual roti perata dan makanan India - terletak bersebelahan Five Star Fast Food di Pusat Makanan dan Pasar Marsiling Mall.



Berkongsi pengalaman, Encik Akbar berkata:



"Saya sudah tolong bapa saya di gerai sejak usia 20 tahun. Semasa saya tolong bapa saya, saya tengok bapa saya masak dan dari situ, saya belajar."



Katanya lagi, beliau dahulu mengambil masa hampir empat jam untuk menyiapkan rencah tetapi kini tugas itu dilakukan pekerjanya.



Encik Akbar menceritakan, jika dahulu, pelanggan membayar dengan wang tunai, lebih ramai kini memilih menggunakan kaedah e-pembayaran.



Atas permintaan pelanggan, terutama pelanggan muda, Encik Akbar mula menawarkan khidmat e-pembayaran, DBS Paylah!, di kedua-dua gerainya sejak tiga bulan lalu.



"Sejak dua tahun lalu, pelanggan boleh bayar melalui NETS tetapi sekarang mereka boleh bayar melalui DBS Paylah! Dengan e-pembayaran, saya boleh lihat berapa banyak saya perolehi melalui aplikasi pembankan online di telefon bijak saya. Jadi, ia menyenangkan dan juga selamat," kata Encik Akbar.



Di samping itu, Encik Akbar juga bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan, Foodpanda dan Grab.



Ini membolehkan pelanggan memesan makanan daripada gerai Five Star Fast Food atau Aysha Food Corner, dan pada masa yang sama meluaskan jumlah pelanggannya.




"Sejak dua tahun lalu, pelanggan boleh bayar melalui NETS tetapi sekarang mereka boleh bayar melalui DBS Paylah! Dengan e-pembayaran, saya boleh lihat berapa banyak saya perolehi melalui aplikasi pembankan online di telefon bijak saya. Jadi, ia menyenangkan dan juga selamat."
- Encik Akbar Ali Habibula Abdul Rashid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >