Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tawar ruang kerja bersama demi tingkat kesihatan mental

Jan 29, 2024 | 02:50 PM



Ruang kerja bersama moden yang dapat memupuk produktiviti, kreativiti dan kesejahteraan.

Itulah idea di sebalik Thought Partner Studio (TPS), yang bukan sahaja menawarkan ruang kerja bersama, malah memupuk komuniti kesihatan mental pendamping atau thought partner.


Dengan cara ini, TPS berhasrat menghimpunkan individu daripada pelbagai latar belakang dan perkembangan bagi membolehkan mereka menawarkan perspektif baru mengenai cara mendekati masalah dunia sebenar.

Ruang seluas 1,561 kaki persegi di The Riverside Piazza itu dilancarkan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah, pada 28 Januari lalu.

TPS mempunyai sejumlah 12 bilik yang menawarkan pelbagai kemudahan, termasuk stesen kerja ergonomik, bilik mesyuarat peribadi dan kawasan bersantai.

Tidak termasuk kawasan umum seperti pantri dan bilik menunggu, TPS mempunyai sembilan bilik pelbagai saiz untuk tujuan berbeza - lima bilik terapeutik, tiga bilik pejabat dan satu bilik mesyuarat.







Pengasas TPS, Cik Hamidah Otheman, dan pengurus komunitinya, Cik QJ Magalzo, yang sama-sama mengambil jurusan reka bentuk dalaman semasa di politeknik, menggabungkan kepakaran mereka untuk mencipta ruang yang unik secara kolaboratif itu.

Cik Hamidah, 33 tahun, mempunyai hampir 10 tahun pengalaman menyumbang kepada kesihatan mental dan sektor khidmat sosial Singapura. Beliau menyediakan sokongan pengurusan kes dan campur tangan terapeutik kepada golongan muda dan keluarga mereka.

Cik Hamidah memberitahu Berita Harian (BH) bahawa beliau mahu ruang TPS berkonsep bersahaja, lantas ruang yang boleh menampung sebanyak 30 (jumlah disyorkan) sehingga 50 orang itu dilengkapi dengan hiasan seperti tumbuhan dan lukisan.


“Apabila kami bina ruang ini, kami mengutamakan dan memastikan keselesaan serta keselamatan yang terjamin,” kongsi Cik Hamidah, yang berpendapat bahawa beliau memastikan suasana di TPS berbeza dengan suasana di hospital yang sering kali mempunyai lampu terang, dinding berwarna putih dan mempunyai bau antiseptik.

TPS juga menggunakan seni dan unsur kreativiti sebagai kenderaan dalam meneroka kesihatan mental.

“Sering kali, orang ramai tidak dapat menyatakan perasaan, pendapat atau keperluan mereka dengan jelas. Melalui ekspresi kreatif, mereka akan dapat meluahkannya,” jelas Cik Hamidah.

Dr Wan Rizal menekankan kepentingan ruang yang selamat dalam masyarakat kesihatan mental.

Beliau turut memuji keunikan yang terletak pada ruang TPS yang sangat selesa dan “ia menjemput orang ramai untuk berkongsi”.

“Saya juga melihat terapi deria yang sangat membantu dalam kesihatan mental ini.

“Bagi saya, seni sudah tentu merupakan aspek kritikal kesihatan mental. Ia adalah salah satu kenderaan. Sesetengah orang mempunyai bentuk yang berbeza, tetapi seni pastinya salah satunya,” tambah Dr Wan Rizal lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >