Topik diikuti
Pergi ke BHkuAS tawar tangguh tarif barangan China
AS tawar tangguh tarif barangan China
AS tawar tangguh tarif barangan China
PERANG DAGANG DIJANGKA REDA: Satu sumber yang diberi taklimat tentang status rundingan dua hala itu berkata Amerika akan menangguhkan tarif ke atas barangan China bernilai AS$160 bilion ($216.3 bilion) yang dijangka berkuat kuasa esok dan mengurangkan tarif sedia ada. - Foto AFP -
Dec 14, 2019 | 5:30 AM
WASHINGTON: Washington telah menetapkan syaratnya bagi perjanjian perdagangan dengan China dan menawarkan untuk menangguhkan beberapa tarif ke atas barangan China serta mengurangkan yang lain sebagai pertukaran bagi Beijing membeli lebih banyak barangan pertanian Amerika, kata sumber Amerika kelmarin.
Kesepian Beijing bagaimanapun menimbulkan pertanyaan sama ada kedua-dua pihak boleh mencapai perdamaian sementara dalam perang dagang sebelum satu pusingan tarif balas balik baru berkuatkuasa Ahad ini.
