Premium
Teknisyen terlibat bina kemudahan firma GSK di S'pura
Feb 10, 2023 | 5:30 AM
TERLIBAT DALAM PROJEK: Teknisyen operasi kanan di syarikat farmaseutikal GSK, Encik Muhammad Zulhilmi Abdul Ghani, antara yang terlibat dalam pembangunan kemudahan pengeluaran dan ujian potensi tinggi GSK yang pertama di Singapura, dengan keupayaan membuat sebatian kuat yang diperlukan bagi rawatan barah. - Foto BH oleh KHALID BABA -
TERDORONG oleh bapanya yang sudah lebih 30 tahun bekerja dalam syarikat farmaseutikal GSK, Encik Muhammad Zulhilmi Abdul Ghani memutuskan mengikuti jejak langkah orang tuanya itu dan mendapatkan pekerjaan di syarikat sama pada 2013 setelah tamat Perkhidmatan Negara (NS).
Jejaka berusia 31 tahun itu berkata pengalaman lama bapa beliau bekerja di GSK telah membantunya memahami bagaimana syarikat itu dan produk mereka menolong masyarakat.

