Topik diikuti
Pergi ke BHkuTemasek bincang dengan firma kripto FTX yang hadapi masalah kewangan
Temasek bincang dengan firma kripto FTX yang hadapi masalah kewangan
FIRMA pelaburan pemerintah Singapura, Temasek Holdings sedang dalam perbincangan dengan bursa kripto FTX selepas masalah kewangan yang dihadapi FTX mencetuskan rancangan pembelian oleh firma pesaing, Binance.
"Kami sedar mengenai perkembangan antara FTX dengan Binance, dan sedang berunding dengan FTX dalam kapasiti kami sebagai pemegang saham," kata jurucakap Temasek kepada The Business Times (BT).
