TEMASEK Holdings akan meningkatkan perkongsian sahamnya dalam syarikat konglomerat Keppel Corporation menerusi tawaran untuk memperolehi tambahan 30.55 peratus saham Keppel pada harga $7.35 sesaham dalam bentuk wang tunai menerusi anak syarikat miliknya, Kyanite Investment Holdings.

Jika berjaya, perjanjian $4.08 bilion itu akan meningkatkan perkongsian saham keseluruhan Temasek dan Kyanite hingga 51 peratus, di samping perkongsian saham langsung Temasek dalam Keppel sebanyak 20.45 peratus.