Topik diikuti
Pergi ke BHkuTemasek lancar cabang pelaburan hijau dengan dana awal $5b
Premium
Temasek lancar cabang pelaburan hijau dengan dana awal $5b
Jun 7, 2022 | 5:30 AM
Temasek lancar cabang pelaburan hijau dengan dana awal $5b
-
SEBUAH syarikat platform pelaburan baru yang bertujuan mempercepatkan usaha penyahkarbonan di peringkat sejagat, GenZero, dilancarkan syarikat pelaburan negara Singapura, Temasek, semalam, dengan komitmen awal sebanyak $5 bilion.
GenZero, sebuah syarikat milik penuh Temasek, mempunyai tiga bidang tumpuan pelaburan - huraian berdasarkan teknologi yang memberikan kesan penyahkarbonan melalui teknologi yang menghapuskan dan mengurangkan karbon; huraian berasaskan alam semula jadi untuk melindungi dan memulihkan ekosistem alam semula jadi; dan pendaya ekosistem karbon.
