Premium
Temasek tawar bon kepada pelabur runcit S'pura
Faedah akan dibayar di penghujung setiap tempoh enam bulan, dengan tempoh bon lima tahun dari tarikh jangkaan terbitan pada 24 November ini
Nov 17, 2021 | 5:30 AM

-
TEMASEK telah melancarkan jualan bon lima tahun bernilai $350 juta, dengan sebahagian daripadanya boleh dibeli oleh pelabur runcit di Singapura.
Syarikat pelaburan Singapura itu berkata ia menawarkan bon $250 juta kepada pelabur institusi, bertauliah dan pelabur lain yang tertentu.

