Tempahan penghantaran makanan merosot selepas sekatan dilonggar
Premium
Tempahan penghantaran makanan merosot selepas sekatan dilonggar
Namun jumlah masih tinggi daripada paras prapandemik
Jan 12, 2023 | 5:30 AM
- Foto ST
PERMINTAAN untuk khidmat penghantaran makanan telah menurun sejak Singapura menarik balik sekatan Covid-19 tahun lalu, tetapi ia kekal lebih tinggi daripada paras prapandemik, kata beberapa platform penghantaran makanan dan wakil makanan dan minuman (F&B).
Dalam tinjauan Deliveroo terhadap 1,000 rakyat Singapura pada September lalu, lebih 60 peratus responden berkata mereka menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan lebih kerap sekarang berbanding pada masa prapandemik, kata jurucakap Deliveroo.

