SETELAH beroperasi selama lapan tahun di pusat beli-belah Westgate, Hajjah Mariam Cafe memutuskan menutup cawangan pertamanya kerana kos operasi yang tinggi serta penjualan yang berkurangan.

Dengan langkah keselamatan tambahan Covid-19 dilaksanakan untuk mengekang penularan Covid-19 semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan), Cik Adhana Kamis, pemilik bersama Hajjah Mariam Cafe berkata mereka mengalami kesukaran untuk bertahan semasa tempoh yang mencabar itu.