Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Terus mencuba...selepas hantar 100 resume, dapat tawaran kerja

Sep 27, 2020 | 05:30 AM



PEMUSNAH dan ironinya juga penyelamat.



Pandemik Covid-19 telah menyebabkan Cik Widya Puspawaty Abu Bakar kehilangan pekerjaannya dalam sektor logistik pada Februari lalu.



Namun pada masa yang sama, ia telah membuka pintu rezeki dalam bentuk peluang pekerjaan baru bagi wanita berusia 43 tahun itu.



Daripada pengalaman 10 tahun dalam sektor logistik, Cik Widya berjaya mendapatkan pekerjaan kontrak bersama Kementerian Tenaga Manusia sebagai anggota Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (Fast) selepas diberhentikan kerja hasil bantuan seorang pembimbing kerjaya agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Pasukan itu menyokong operasi langkah jarak selamat dan menjaga keperluan pekerja asing.



"Sejujurnya, saya rasa takut pada mulanya…Tetapi apabila saya melihat doktor, jururawat dan pegawai barisan depan yang bertugas, saya rasa mereka tidak cukup kakitangan dan perlu bekerja lebih masa. Jika kami memberi komitmen dan tampil ke depan secara sukarela, ia akan membantu mereka dan mereka boleh mendapat rehat.



"Walaupun panas perlu memakai kelengkapan perlindungan peribadi berjam-jam lamanya, rakan sepasukan saya semua saling menjaga dan menyokong satu sama lain. Ini membuat saya hilang rasa takut itu.



"Saya lakukan ini bukan hanya bagi keselamatan masyarakat, malah juga keluarga saya sendiri kerana dengan ini, kita boleh sama-sama mengatasi pandemik ini," kata beliau.



Menyingkap perjalanannya mendapatkan pekerjaan baru, Cik Widya berkata beliau telah menghantar lebih 100 resume selepas diberhentikan kerja.



Meskipun menerima beberapa panggilan untuk menjalani temuduga, beliau tidak menerima sebarang khabar setelah itu.



Berasa bimbang dengan nasibnya, Cik Widya mendekati WSG semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan pada April lalu untuk mendapatkan bantuan dan nasihat pekerjaan.



Seorang pembimbing kerjaya bukan hanya membantu beliau dalam cara mempertingkat resumenya, malah bertanyakan apakah jenis pekerjaan yang beliau cari dan juga kerap mengongsi peluang pekerjaan yang sedia ada.



"Ibu saya pesakit barah ovari. Bapa saya pula seorang pesakit angin ahmar yang lumpuh separuh badan dan kini dijaga di rumah penjagaan. Apabila saya hilang pekerjaan, saya terfikir bagaimana nak bayar bil dan juga menjaga ibu bapa saya.



"Mujur, saya dapatkan bantuan WSG dan pembimbing kerjaya sentiasa menghubungi saya setiap minggu untuk memberikan nasihat, bertanyakan kemajuan saya dalam usaha mencari pekerjaan dan mengongsi peluang kerja yang ada," kata beliau.



Cik Widya berjaya mendapatkan pekerjaan kontrak sementara sebagai anggota pasukan Fast dan melakukan kerja itu selama sekitar dua bulan dari Mei lalu.



Beliau dijangka menyambung kontrak setahun sebagai anggota Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace) - yang memberikan sokongan kepada pekerja asing dan pengendali dormitori dalam mengatasi Covid-19 - mulai bulan depan, dengan peluang melanjutkan kontrak itu buat setahun lagi.



Pada masa yang sama, Cik Widya akan melanjutkan pengajian sarjana muda dalam jurusan psikologi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) secara sambilan pada Januari tahun depan.



"Bagi mereka yang hilang pekerjaan pada waktu ini, jangan putus asa dan terus hantarkan resume untuk cari pekerjaan baru. Anda perlu bersabar dan letakkan kepercayaan pada pihak yang membantu, seperti WSG dan Mendaki. Terus tabah," kata beliau. 




Bagi mereka yang hilang pekerjaan pada waktu ini, jangan putus asa dan terus hantarkan resume untuk cari pekerjaan baru.

Anda perlu bersabar dan letakkan kepercayaan pada pihak yang membantu, seperti WSG dan Mendaki. Terus tabah.

- Cik Widya Puspawaty Abu Bakar yang hilang kerja dalam sektor logistik Februari lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >