Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Thales mahu rekrut 1,000 pekerja di S’pura sepanjang tiga tahun

Oct 06, 2023 | 05:49 PM



Firma teknologi pertahanan Perancis, Thales, merancang merekrut lebih 1,000 orang di Singapura sepanjang tiga tahun akan datang, satu langkah yang akan meningkatkan pekerjanya sebanyak 50 peratus, kata ketua eksekutifnya, Encik Patrice Caine, pada Khamis.

Ini adalah sebahagian daripada pelaburan Thales untuk meluaskan kehadirannya di Singapura, kata beliau dalam majlis jamuan malam gala bagi menyambut ulang tahun ke-50 tahun syarikat itu di sini, lapor The Business Times.


Syarikat itu berkata Hab Pertahanan Singapura Thales, yang dirasmikan pada Jumaat, akan mempertingkat “keupayaan pertahanan jangka panjang” dalam bidang seperti penyelenggaraan, sokongan, kesediaan operasi dan pembangunan asli yang boleh memenuhi keperluan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Ia juga telah menubuhkan sebuah pusat kecemerlangan pengurusan trafik udara di premisnya di Ayer Rajah Crescent.

Menjelang tiga tahun akan datang, syarikat itu berharap dapat meningkatkan kegiatan di pusat itu untuk mempromosikan pembangunan sektor pengurusan trafik udara di Asia. Ia bermatlamat mempunyai 120 pakar pengkhususan dalam bidang teknologi pertahanan bekerja di pusat tersebut.

Syarikat itu juga melancarkan ScaleFlyt Remote ID, sebuah wadah dron komersial “buatan Singapura” yang boleh mengenal pasti dan mengesan dron. Dengan wadah sedemikian, dron boleh menyampaikan maklumat penting seperti lokasi, ketinggian dan identiti kepada pengawal trafik udara dan pihak kepentingan lain di ruang udara.

Encik Caine berkata produk itu akan memupuk pembangunan ekosistem dron yang selamat.

Peranti itu direka bentuk oleh pasukan dron Thales di Singapura, yang menggabungkan kepakaran dalam avonik dan pengenalan dan keselamatan digital dengan sokongan kukuh daripada Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura.

Pengerusi EDB, Encik Png Cheong Boon, berkata Singapura menghargai perkongsian lamanya bersama Thales.

“Kehadiran Thales yang semakin berkembang di sini telah mencipta peluang pekerjaan menarik untuk ramai warga Singapura merentasi pelbagai fungsi, seperti pembuatan, penyelidikan dan pembangunan serta ibu pejabat,” kata Encik Png.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >