Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tidak banyak pelancaran baru, sentimen hati-hati dan Bulan Hantu punca jualan rumah privet Sep jatuh

Oct 17, 2023 | 03:41 PM



Kekurangan pelancaran projek besar baru, sentimen pasaran yang berhati-hati dan jualan lembap semasa sambutan Bulan Hantu masyarakat Cina menyebabkan jualan rumah privet baru merosot pada September.

Penjualannya merosot buat bulan kedua berturut-turut sebanyak 44.9 peratus kepada 217 unit rumah pada September, berbanding 394 unit pada Ogos.

Ini merupakan jualan bulanan terendah bagi rumah privet dalam tempoh sembilan bulan sejak Disember 2022, apabila hanya 170 unit terjual, lapor The Straits Times.


Dari tahun ke tahun, jualan rumah privet baru, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), menguncup 78 peratus daripada September 2022.

Menurut penganalisis, pembeli rumah kian memilih mengenai pembelian rumah mereka dengan latar belakang kadar faedah lebih tinggi, prospek ekonomi lebih lemah dan langkah penyejukan hartanah baru-baru ini.

Bilangan rumah yang dilancarkan pada September merosot 88.5 peratus kepada hanya 68, berbanding 590 pada Ogos.

Ia juga menjunam 92.6 peratus daripada September 2022, menurut data yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin.

Memandangkan jualan rumah privet didorong oleh bekalan, penurunan jualan pada September tidak mengejutkan.

Ini disebabkan ketiadaan pelancaran projek besar rumah privet, ditambah dengan kadar faedah tinggi dan keletihan pembeli, kata ketua penyelidikan dan kandungan PropNex, Cik Wong Siew Ying.

“Mungkin ada inersia dalam pasaran di mana pembeli mengambil masa untuk menilai pilihan mereka,” jelasnya.

Beliau turut menarik perhatian sesetengah pemaju menangguhkan pelancaran projek perumahan baru semasa perayaan Bulan Hantu selama sebulan dari 16 Ogos hingga 14 September, yang biasanya mencatat jualan lebih perlahan.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, Bulan Hantu adalah masa tidak baik untuk membeli rumah.

Selain itu, satu-satunya projek baru yang dilancarkan pada September ialah The Shorefront di Pasir Ris, yang menjual tiga daripada 23 unitnya pada harga median, atau nilai tengah $1,902 setiap kaki persegi (psf), kata ketua pegawai penyelidik di Mogul.sg, Encik Nicholas Mak.

Jualan rumah swasta pada September mengikut daerah terbahagi hampir sama rata, dengan 76 unit (35 peratus) dijual di kawasan utama, diikuti 71 unit (32.7 peratus) di pinggir bandar dan 70 unit (32.3 peratus) di pinggir luar bandar.

Jualan termasuk EC pada September, susut 48.4 peratus kepada 335 unit berbanding 649 pada Ogos, dan turun 66.2 peratus berbanding 992 setahun lalu.

Projek perumahan Altura di Bukit Batok West Avenue 8 ialah satu-satunya EC yang dilancarkan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >