Premium
Tidak gentar manfaat e-bayaran
Aug 13, 2020 | 5:30 AM
GALAK LEBIH RAMAI GUNA E-BAYARAN: Cik Rohani Sulaiman berharap lebih ramai di kalangan masyarakat Melayu dapat mempelajari dan memanfaatkan bayaran elektronik. - Foto BH oleh NUR FATHIN AWALLUDIN -
DALAM dua minggu sejak gerai Warong Mak Mah & Family Stall mengguna pakai pembayaran elektronik kod SG QR, Cik Rohani Sulaiman melihat semakin ramai pelanggan yang mahu memanfaatkannya.
"Saya selalu galakkan mereka. Ada yang nampak (kod QR) dan mereka akan tanya 'ini apa?', jadi saya beritahu ia platform untuk membuat pembayaran," kata beliau.

