Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tiga peniaga dikenali ramai dilantik terajui inisiatif Dewi DPPMS

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



TIGA usahawan wanita yang dikenali ramai telah dilantik menerajui pelbagai inisiatif penting di bawah cabang wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) Dewi@DPMMS.



Menurut kenyataan DPPMS semalam, Naib Presiden DPPMS, Cik Fadilah Abdul Majid akan memimpin jawatankuasa pemandu sebagai pengerusi manakala anggota lembaga baru, Cik Maslina Mohamed akan mendukung peranan sebagai naib pengerusi.



"Matlamat jawatankuasa pemandu ini adalah untuk berperanan sebagai kumpulan kepimpinan Dewi@DPPMS dan menyediakan pemantauan strategik mengenai beberapa inisiatif penting yang telah dirancangkan bagi dua tahun mendatang," jelas kenyataan dewan.



Kenyataan itu berkata Cik Fatimah Mohsin, yang merupakan pemilik khidmat perkahwinan, telah dilantik sebagai pengerusi Dewi Fiesta, acara tahunan Dewi.



Kali terakhir DEWI Fiesta dianjurkan ialah pada 2018.



Acara tersebut bertujuan membuka peluang untuk kaum Hawa menembusi pasaran menerusi wadah yang khusus.



Satu inisiatif penting Dewi adalah jawatankuasa kecil perniagaan mikro, yang akan dipimpin oleh Cik Maslina, yang juga pengarah eksekutif syarikat kejuruteraan STIE Pte Ltd.



Jawatankuasa berkenaan akan memantau pengenalan program dan inisiatif untuk pemilik perniagaan mikro, khususnya mereka yang bermula dari rumah.



Acara-acara lain yang sering diadakan Dewi termasuk acara amal tahunan dianjurkan semasa bulan Ramadan, yang dipengerusikan oleh anggota lembaga, Cik Rosnah Din.



Menjelaskan lebih lanjut, Cik Fadilah berkata:



"Kami ghairah untuk memperkenalkan rancangan baru ini pada 2021 dan 2022.



"Dengan jawatankuasa baru yang dibentuk ini, kami yakin bahawa Dewi boleh terus mencapai misinya untuk memberi ilham kepada usahawan wanita mahupun mencapai matlamat baru."



Acara-acara lain yang dirancangkan termasuk sidang dalam talian yang tertumpu kepada perubahan digital, dinamakan DEWIDigi, yang dijadualkan pada lewat tahun depan.



Sebagai membuka tirai kegiatan, Dewi akan menganjurkan acara menjalin rangkaian DEWI Connect, esok.



Ia akan diadakan melalui FB Live di facebook.com/DEWIChambers dari 2 hingga 4 petang.



Sesi tahunan yang diadakan buat kali ketiga itu, akan memberi tumpuan kepada pengalaman usahawan wanita dalam menangani kesa pandemik dan pengajaran bangkit semula.



Antara penceramah ialah Cik Maslina dan Cik Vivienna Hamzah, yang mengendalikan syarikat Mega Express.



Individu sudah berniaga atau ingin berniaga, yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai kegiatan Dewi boleh ke wadah media sosial Dewi di Instagram(@dewi.smcci) dan Facebook (@dewi.smcci).



"Kami ghairah untuk memperkenalkan rancangan baru ini pada 2021 dan 2022. Dengan jawatankuasa baru yang dibentuk ini, kami yakin bahawa Dewi boleh terus mencapai misinya untuk memberi ilham kepada usahawan wanita mahupun mencapai matlamat baru."
- Naib Presiden DPPMS, Cik Fadilah Abdul Majid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >