Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tiga sekawan buka niaga mi Indomie di Kemboja melalui penghantaran

Selepas sempadan antarabangsa dibuka, lebih banyak firma yang mencari peluang meluaskan perniagaan mereka dan negara Asean menjadi pilihan mereka. Malah, ada juga yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan mengorak langkah membuka perniagaan mereka di luar negara. BERITA HARIAN menemu ramah dua peniaga - seorang yang sudah pun bertapak di Singapura dengan meluaskan perniagaannya ke Brunei, manakala seorang lagi memberanikan diri membuka perniagaannya di Kemboja.
Dec 21, 2022 | 05:30 AM



INGIN mengubati hatinya yang dalam kesedihan selepas ibunya meninggal dunia tahun lalu, Encik Mohsin Mohamed Said diajak oleh rakan baiknya, seorang peguam Singapura yang berpangkalan di Kemboja, untuk ke sana bagi mengubah angin.



Ternyata, lawatan ke Phnom Penh itu, yang kedua bagi pemuda berusia 34 tahun, cukup membuka matanya mengenai kepesatan pembangunan di ibu kota Kemboja itu selepas lawatannya yang pertama ke sana 17 tahun lalu semasa masih menjadi mahasiswa di universiti di sini.



Cukup terpesona dengan bandar itu, beliau menghidu peluang perniagaan selepas bertemu dengan seorang peniaga yang sudah berpengalaman di sana yang berkongsi mengenai pasaran luas sektor makanan dan minuman (F&B) di Kemboja.



Bilangan penduduk berkelas pertengahan yang bertambah di samping golongan ekspatriat dari Asean yang bekerja di sana yang inginkan kepelbagaian dari segi pilihan makanan halal yang lebih luas, mendorong Encik Mohsin untuk membuka perniagaan penghantaran makanan berasaskan mi indomie di sana.



Dipanggil Fat Mamak, perniagaan itu dibentuk hasil usaha sama dengan dua rakan baiknya, peguam Encik Marc Wan, 34 tahun dan jurutera data, Encik Clarence Kuak, 37 tahun dengan pelaburan sebanyak $20,000 hingga $30,000.



Menurut Encik Mohsin, beliau mengunjungi ibu kota itu buat kali ketujuh dalam tahun ini sahaja untuk mengambil langkah berani membuka perniagaan itu selepas membuat kajian pasaran.



"Saya berbincang dengan rakan baik saya Marc dan memutuskan menarik seorang lagi rakan baik kami, Clarence untuk berusaha sama dalam perniagaan itu. Clarence dan saya memang gemar memasak. Kami mengenal pasti makanan mi berasas indomie kerana makanan itu memang dikenali oleh penduduk di Asia Tenggara. Kami bermula dengan perniagaan penghantaran dahulu bagi melihat sambutan makanan itu dan trend pembelian pelanggan,'' kata Encik Mohsin.



Menurut Encik Mohsin, pengalamannya sebagai pengurus projek dalam sebuah syarikat pengiklanan yang membuat kempen iklan bagi syarikat-syarikat F&B besar turut mencetuskan minat mendalam bagi menceburi bidang itu.



"Apabila kami mulakan perniagaan ini, saya dan rakan-rakan menggunakan cara tradisional bagi memasarkan perniagaan kami. Selain menggunakan media sosial bagi memasarkan perniagaan kami, kami menghantar banyak risalah ke beberapa tempat secara fizikal agar orang ramai mengetahui perniagaan kami,'' kata Encik Mohsin.



Buat masa ini, sambutan cukup menggalakkan lebih-lebih lagi semasa musim Piala Dunia apabila lebih banyak tempahan diterima.



"Kami masih beroperasi dari rumah dan masih dalam tahap belajar untuk mengkaji trend seperti benda yang disukai pelanggan dan kekerapan mereka membelinya sebelum kami mengorak langkah membuka sebuah kafe bulan depan,'' ujar Encik Mohsin, dengan penuh harapan.



Mi Indomie yang dijual mempunyai lima jenis seperti indomie yang disalut telur dadar dan indomie berserta ayam yang dijual dari harga $3 hingga $7.



"Dari sambutan yang kami terima, kami amat gembira kerana tempahan yang diterima bukan sahaja daripada golongan ekspatriat, tetapi separuh daripadanya adalah pelanggan kami dari Kemboja. Inimenunjukkan bahawa makanan kami dapat diterima oleh masyarakat tempatan,'' tambah Encik Mohsin.



Harapannya agar satu hari nanti, perniagaannya dapat berkembang seperti Starbucks, yang dikenali di seluruh dunia. Walaupun Starbucks mempunyai banyak cawangan seluruh dunia, namun mutunya tetap dijaga dan sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >