Topik diikuti
Pergi ke BHkuTukar dari sektor tenaga ke elektronik walau usia cecah hampir setengah abad
Tukar dari sektor tenaga ke elektronik walau usia cecah hampir setengah abad
Sedang banyak sektor ekonomi lesu di tengah-tengah kemelesetan ekoran krisis pandemik Covid-19, sektor elektronik menunjukkan prestasi lebih baik. Ditukil sebagai antara industri yang terus pesat berkembang, ia telah menawarkan sekitar 1,900 pekerjaan sejak April. Antara syarikat yang mendapat sorotan dan dikunjungi Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, ialah syarikat semikonduktor, GlobalFoundries Singapore Pte Ltd. BERITA HARIAN (BH) memaparkan kisah mereka yang membuat peralihan.
MEMBUAT perubahan dalam kerjaya bukan mudah, lebih-lebih bagi seseorang seperti Encik Effandi Sajari, yang sudah menceburi sektor tenaga selama hampir 20 tahun.