Saya seorang lulusan Kejuruteraan Elektronik dari sebuah universiti di Australia. Sebelum itu, saya merupakan lulusan Politeknik Ngee Ann. Saya juga memiliki Sarjana dalam Pengurusan Kejuruteraan. Saya meninggalkan industri kejuruteraan lebih sedekad lalu untuk bekerja sendiri. Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya mahu kembali ke industri namun sudah agak ketinggalan. Bolehkah saya kembali bekerja dalam industri ini?
Pertama sekali, anda perlu melakukan kajian mengenai sektor berkenaan, mengenal pasti peranan yang ingin anda lakukan, apakah syarat-syarat pengambilan pekerja dan menilai sama ada anda mempunyai keupayaan, kemahiran, pengalaman dan ciri-ciri yang diperlukan. Bina rangkaian dengan pekerja-pekerja dalam industri untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jangkaan majikan. Tidak pernah terlalu lambat untuk menyertai semula pasaran pekerjaan, selagi anda bersedia mempelajari kemahiran baru, mempamerkan kepada bakal majikan yang anda memiliki kemahiran yang boleh dipindahkan dan mampu menyesuaikan diri kepada sekitaran pekerjaan baru.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg