Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tinjauan: Pekerja penghantaran makanan inginkan sokongan badan wakili mereka

Sep 07, 2022 | 05:15 PM



KEBANYAKAN pekerja penghantaran makanan di sini ingin mendapat sokongan daripada sebuah pertubuhan yang dapat mewakili kepentingan mereka.


Satu tinjauan melibatkan 302 responden yang dijalankan secara bersemuka, mendapati 79 peratus peserta menyatakan ia penting untuk mereka diwakili sebuah persatuan yang dapat memberi sokongan kepada mereka untuk membuat rundingan supaya syarat kontrak lebih adil dapat dicapai di samping bantu mencapai huraian pertikaian yang dialami dalam platform.


Dapatan tinjauan itu dijalankan bagi pihak Persatuan Pejuang Pengiriman Nasional (NDCA), sebuah persatuan di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dan dilaksanakan syarikat kajian pemasaran Ipsos antara 15 Februari dengan 8 Mac lalu.


Dikeluarkan pada Selasa(6 Sep), tinjauan itu menunjukkan antara keprihatinan utama pekerja penghantaran adalah kestabilan pendapatan, keperluan memperoleh sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta pekerjaan yang stabil. 


Sebanyak 90 peratus responden menyatakan mereka prihatin terhadap masa depan mereka dan keupayaan mereka memenuhi tanggungjawab kewangan mereka, kata NDCA dalam kenyataannya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >