Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tinjauan: Pekerja penghantaran makanan inginkan sokongan badan wakili mereka

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



KEBANYAKAN pekerja penghantaran makanan di sini ingin mendapat sokongan daripada sebuah pertubuhan yang dapat mewakili kepentingan mereka.



Satu tinjauan melibatkan 302 responden yang dijalankan secara bersemuka, mendapati 79 peratus peserta menyatakan ia penting untuk mereka diwakili sebuah persatuan yang dapat memberikan sokongan kepada mereka untuk membuat rundingan supaya syarat kontrak lebih adil dapat dicapai di samping bantu mencapai huraian pertikaian yang dialami dalam platform.



Dapatan tinjauan itu dijalankan bagi pihak Persatuan Pejuang Pengiriman Nasional (NDCA), sebuah persatuan di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dan dilaksanakan syarikat kajian pemasaran Ipsos antara 15 Februari dengan 8 Mac lalu.



Dikeluarkan kelmarin, tinjauan itu menunjukkan antara keprihatinan utama pekerja penghantaran adalah kestabilan pendapatan, keperluan memperoleh sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) serta pekerjaan yang stabil.



Sebanyak 90 peratus responden menyatakan mereka prihatin terhadap masa depan mereka dan keupayaan mereka memenuhi tanggungjawab kewangan mereka, kata NDCA dalam kenyataannya.



Sejak Ogos tahun lalu, NDCA telah berusaha memperjuangkan tiga bidang fokus yang menjejas pekerja penghantaran dan memerlukan perhatian segera.



Pertama adalah syarat dan keadaan pekerjaan; kedua keadaan pekerjaan lebih baik; dan ketiga adalah perlindungan perubatan dan kecederaan yang mencukupi.



Tinjauan itu mendapati 48 peratus responden menyatakan ia menjadi satu keprihatinan apabila prospek kerjaya mereka tidak memuaskan.



Seramai 26 responden peserta pula menyatakan perlindungan insurans ditawar penyedia platform tidak mencukupi.



Satu perlima atau 21 peratus responden telah membuat tuntutan insurans menerusi pelan kemalangan peribadi yang ditawar pengendali platform.



Satu pertiga daripada mereka menyatakan perlindungan pelan tersebut tidak mencukupi.



Meskipun mereka terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca hujan, pekerja penghantaran makanan tidak boleh membuat tuntutan bagi kecederaan dialami semasa bekerja di bawah Akta Pampasan Kecederaan Kerja (Wica), kata NCDA dalam satu laporan di laman NTUC.



NCDA berkata perlindungan perubatan ditawar pengendali platform tidak mencukupi atau tidak seimbang.



Lantas, dapatan tinjauan itu menyarankan agar perlindungan pekerja tersebut disemak termasuk memperluas Wica kepada mereka.



Antara lain, NCDA telah mengusahakan semakan semula perlindungan kewangan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkait pekerjaan dan meningkatkan kesedaran terhadap amalan selamat menunggang basikal atau basikal menggunakan kuasa (PAB).



Ia juga membentuk kumpulan bertugas Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) sejak Oktober lalu.



NDCA juga menyeru pengendali platform menerapkan prosedur penyelesaian pertikaian yang adil, berstruktur dan jelas. Lebih banyak sokongan juga perlu diberi kepada pekerja kurang mahir atau tidak selesa menggunakan aplikasi digital.



Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata pergerakan buruh dan NDCA ingin menjadi badan pewakilan lebih tegas bagi pekerja tersebut agar hak mereka lebih dilindungi.



"Hujan atau panas, siang dan malam, mereka memastikan makanan hangat dihantar tepat pada masanya di depan pintu kami," katanya.



"Namun, kami tidak sedar, kerja keras bagi setiap penghantaran... daripada waktu bekerja yang lama sehingga risiko berlakunya kemalangan di jalan raya, serta panggilan bagi pengendali platform menyelesaikan isu tempahan," katanya.



Encik Ng berkata NTUC bertekad bekerjasama dengan pengendali platform dan pemerintah berkenaan penyelesaian pertikaian serta kebajikan lebih baik bagi pekerja penghantaran agar dapat menjamin masa depan lebih baik bagi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >