Topic followed successfully
Go to BHkuTinjauan SBF: Firma harapkan potongan cukai, rebat dalam Belanjawan 2020
Premium
Tinjauan SBF: Firma harapkan potongan cukai, rebat dalam Belanjawan 2020
Jan 15, 2020 | 5:30 AM
Tinjauan SBF: Firma harapkan potongan cukai, rebat dalam Belanjawan 2020
BENTANG TINJAUAN: (Dari kiri) Pengarah Penyelidikan & Penerbitan SBF, Encik Mr Edwin Heng; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Strategi & Pembangunan SBF, Cik Joanne Guo; CEO SBF, Encik Ho Meng Kit; dan Pengarah Urusan Blackbox Research, Encik David Black, di sidang akhbar berkaitan Tinjauan Perniagaan Nasional. - Foto BH oleh KEVIN LIM -
LEBIH separuh syarikat dalam semua industri utama setempat, mahukan pelepasan cukai dalam Belanjawan yang akan diumumkan bulan depan, sedang mereka bersiap menghadapi tahun yang mencabar, menurut satu tinjauan industri.
Sekitar 55 peratus daripada syarikat kecil dan sederhana (SME) dan syarikat besar, menyenaraikan pengurangan kadar cukai pendapatan dan korporat serta rebat bagi membantu meningkatkan kemahiran kakitangan sebagai dua keutamaan mereka, bagi Belanjawan 2020.

