Topik diikuti
Pergi ke BHkuToshiba tak lagi bina komputer
Premium
Toshiba tak lagi bina komputer
Toshiba tak lagi bina komputer
TINGGAL SEJARAH: Pada 2011 Toshiba menjual lebih 17 juta komputer peribadi (PC), tetapi pada 2017 jumlah itu merosot kepada 1.9 juta. Kini, ia tiada kaitan dengan pembuatan PC mahupun komputer riba. - Foto fail -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 18, 2020 | 5:30 AM
SYARIKAT gergasi Jepun, Toshiba, telah menjual saham terakhirnya dalam firma pembuat komputer peribadi (PC) Dynabook. Ini bermakna syarikat itu tidak lagi mempunyai kaitan dengan pembuatan PC mahupun komputer riba, ujar laman web BBC News.
Laporan itu berkata Toshiba mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Sharp membeli 80 peratus cabang pengkomputeran peribadi Toshiba pada 2018 pada harga AS$36 juta ($49 juta) dan kini telah membeli baki saham.
