Toyota rancang labur $2.5 bilion bagi kenderaan elektrik di Indonesia
Premium
Toyota rancang labur $2.5 bilion bagi kenderaan elektrik di Indonesia
Jul 28, 2022 | 5:30 AM
KURANGKAN PELEPASAN KARBON: Toyota merancang untuk mengeluarkan pelbagai jenis EV hibrid dalam perancangannya dalam tempoh empat tahun akan datang. - Foto REUTERS -
JAKARTA: Pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor, merancang untuk melabur 27.1 trilion rupiah ($2.5 bilion) di Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV), kata kementerian ekonomi Indonesia semalam.
Negara Asia Tenggara itu menyasarkan untuk menjadi hab global bagi mengeluarkan dan mengeksport EV melalui pemprosesan bekalan bijih nikel laterit untuk digunakan dalam bateri litium.

