Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tugas pasti kesihatan grid kuasa ibarat seorang 'jururawat'

May 05, 2021 | 05:30 AM



IBARAT seorang jururawat.



Begitulah tugas yang digalas Pegawai Teknikal, Encik Ameerul Mueminiin Abdu Rahman di Singapore Power (SP) demi memastikan kesihatan grid kuasa tempatan terus beroperasi dengan lancar.



Biarpun begitu, bapa seorang anak berusia 39 tahun itu berkata, pekerjaannya di Rangkaian Transmisi SP PowerGrid itu cukup memuaskan kerana ia menawarkan banyak peluang termasuk membolehkannya melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.



Encik Ameerul berkata pekerjaannya yang melibatkan pemeriksaan dan penyelenggaraan grid kuasa elektrik setempat umpama seorang pekerja penjagaan kesihatan bagi memastikan sistem tenaga itu sentiasa sihat dan dapat menyalurkan kuasa elektrik kepada rumah penduduk setempat.



"Dengan berbuat demikian, kami boleh menjangkakan kerosakan yang bakal berlaku pada peralatan grid kuasa dan selepas itu kami dapat menjalakan tugas cegah kerosakan secara terlebih dahulu," katanya.



Salah satu projek besar yang dilakukan Encik Ameerul adalah usaha penyelenggaraan alat switchgear di pencawang Labrador.



Switchgear merupakan komponen penting bagi memastikan tenaga elektrik disalurkan dengan lancar.



"Tidak kira komponen peralatan itu kecil atau pun besar, kami tetap melaksanakan tugas dalam membersih, mengganti dan memastikan alat itu baik untuk digunakan," tambahnya lagi.



Biarpun pekerjaannya memerlukan banyak tenaga dan pengorbanan sekiranya perlu memperbaiki peralatan secara tiba-tiba, Encik Ameerul sentiasa terkenang sifat rajin arwah ayahnya dahulu yang bekerja dalam cabang Operasi Gas Kumpulan SP.



"Oleh kerana ibu bapa saya telah berpisah, saya sering bertemu dengan ayah ketika beliau berada di tapak pekerjaan. Di situ saya tertarik dengan cara beliau melakukan pekerjaan, dengan rajin dan jujur dan telah menjalin hubungan rapat dengan para kontraktor di bawah kepimpinannya.



"Ayah sayalah yang menggalakkan saya untuk bekerja di SP dan sejak itu saya tidak pernah memandang ke belakang."



Encik Ameerul mula bekerja di SP tujuh bulan selepas beliau menghabiskan Perkhidmatan Negara (NS) pada 2012 kerana ingin mengikut jejak arwah ayahnya itu.



Beliau menerima tajaan SP untuk menjalani Higher Nitec dan Politeknik.



Kededuanya mengambil masa lima tahun.



Tempoh yang dilaluinya itu merupakan tempoh yang paling sukar kerana genap pada jam enam petang, rakan sekerja pulang ke rumah manakala beliau perlu bergegas mengikuti kuliah.



Namun pengorbanan itu terbukti berbaloi setelah beliau memperolehi Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada 2017 dan menjadi seorang Pegawai Teknikal setahun kemudian.



"Dahulu saya mengusik ayah saya bahawa pekerjaannya mudah sekali. Namun sekarang, saya sedar betapa beratnya tanggungjawab yang perlu dipikul menjaga grid kuasa elektrik itu.



"Cabaran yang saya hadapi sejauh ini merupakan sebahagian daripada pekerjaan saya, daripada dikejutkan pada tengah malam untuk menyelesaikan masalah di pencawang dan mencari puncanya, saya mengambil ini sebagai pengalaman pembelajaran buat pengembangan diri saya sendiri," jelas beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >