Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Twitter digodam, 200 juta alamat e-mel pengguna bocor: Penyelidik

Jan 6, 2023 | 4:25 PM
0ebd7275-26b8-497a-b5d2-372db66df115
- REUTERS

LONDON: Penggodam mencuri alamat e-mel lebih 200 juta pengguna Twitter dan memuat naiknya ke sebuah forum penggodaman dalam talian, kata seorang penyelidik keselamatan Rabu lalu (4 Jan). Encik Alon Gal berkata pelanggaran keselamatan itu "malangnya akan membawa kepada lebih banyak penggodaman, pancingan data tersasar dan doxxing (mendedahkan data orang lain dalam talian). Beliau, yang juga pengasas bersama firma pemantauan keselamatan siber Israel Hudson Rock, menyifatkannya sebagai "antara kebocoran paling penting yang pernah saya lihat". Twitter belum mengulas mengenai laporan itu, yang Encik Gal siarkan di media sosial pada 24 Disember, mahupun menjawab pertanyaan mengenai pelanggaran keselamatan itu sejak tarikh tersebut. Tidak jelas apakah tindakan, jika ada, yang telah diambil Twitter untuk menyiasat atau membetulkan isu itu. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg