Pengendali pengangkutan, ComfortDelGro Corporation berkata anak syarikatnya telah memenangi kontrak bas di luar kawasan bandar yang bernilai A$200 juta ($180.3 juta) di New South Wales (NSW), Australia, pada Selasa.
Kontrak selama lapan tahun - yang akan bermula pada Julai 2024 - adalah untuk Wilayah 7, lapor The Straits Times.
Ini merangkumi NSW Central Coast, termasuk The Entrance, Gosford, Wyong dan kawasan sekitarnya, kata kumpulan itu.
Kontrak itu diberikan kepada Red Bus CD NSW, usaha sama antara pengendali bas NSW, Red Bus Services dan CD NSW, anak syarikatnya.
Kontrak terbaru itu menjadikan bilangan kontrak perkhidmatan bas yang dikendalikan oleh CDC NSW kepada empat, meliputi Wilayah 2, 7, 8 dan 11 di kawasan metropolitan luar.
CDC NSW juga mengendalikan dua kontrak di Wilayah metropolitan Sydney 4 dan 14.
Dua kontrak untuk Sydney dan kontrak untuk Wilayah NSW 12 dan 14 bernilai lebih daripada A$1.9 bilion, kata ComfortDelGro.
ComfortDelGro juga menjangkakan kontrak itu akan mewujudkan peluang pekerjaan apabila CDC NSW mengembangkan operasinya.
Kumpulan itu menganggarkan peningkatan sebanyak 150 pekerja untuk mencapai tenaga kerja lebih 2,500 di seluruh NSW.
Saham ComfortDelGro yang tersenarai didagangkan naik satu sen, atau 0.85 peratus, pada $1.19 pada 9.16 pagi pada Selasa, selepas pengumuman tersebut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg