Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Unit Seatrium diarah bayar $147j dalam kes timbang tara

Apr 19, 2024 | 04:28 PM



Satu unit syarikat gergasi luar pesisir dan marin (O&M) Seatrium telah diarah membayar AS$108 juta ($147 juta) kepada syarikat MHWirth, anak syarikat milik penuh penyedia perkhidmatan penggerudian di Amerika, HMH.

Keputusan itu dibuat satu tribunal yang beroperasi di bawah peraturan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura (SIAC).  

Jumlah tersebut merangkumi bayaran penamatan vendor sebanyak AS$101 juta, dan AS$7 juta bagi bayaran prosiding sampingan, perundangan dan timbang tara, lapor The Straits Times (ST).


“Tribunal ini juga mengenakan (bayaran) faedah yang akan dihitung dalam masa terdekat,” kata Seatrium dalam satu pemfailan bursa pada 18 April.

Seatrium menambah bahawa jumlah AS$108 juta itu berada dalam peruntukan yang disediakan syarikat itu sejak beberapa tahun lalu.

Prosiding timbang tara tersebut, yang bermula pada Disember 2021, berkisar kepada empat kontrak berasingan bagi pembekalan peralatan.

MHWirth menegaskan bahawa syarikat Jurong Shipyard telah melanggar kontrak tersebut. Jurong Shipyard ialah anak syarikat milik penuh Seatrium.

Firma pelaburan perkhidmatan minyak Norway, Akastor, menyatakan pada 18 April dalam satu kenyataan berasingan bahawa kontrak tersebut pada mulanya dimeterai pada 2012.

Ia ditamatkan oleh Jurong Shipyard pada 2021 dan 2022.

Ia menambah bahawa walaupun kontrak tersebut dipegang oleh anak syarikatnya, MHWirth, syarikat Akastor memegang “kepentingan kewangan penuh” dalam kontrak tersebut kerana kontrak berkenaan tidak termasuk dalam urus niaga semasa HMH ditubuhkan.

MHWirth bergabung dengan cabang sistem penggerudian dasar laut syarikat tenaga Amerika, Baker Hughes, pada Oktober 2021 untuk membentuk HMH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >