Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Unity Software buang 265 pekerja, tutup pejabat di S’pura dan 13 lokasi lain

Nov 29, 2023 | 05:45 PM



SAN FRANCISCO: Penyedia sofwe permainan video Unity Software akan memberhentikan seramai 265 pekerja, atau 3.8 peratus daripada tenaga pekerja sejagatnya, di samping menamatkan satu perjanjian dengan syarikat kesan video digital yang diasaskan oleh pengarah filem Lord Of The Rings.


Langkah pemberhentian kerja itu adalah sebahagian usaha untuk “set semula” operasinya, kata syarikat itu pada 28 November.

Langkah itu diambil menyusuli tempoh sukar dan bergelora yang dihadapi syarikat berpangkalan di San Francisco itu.

Syarikat itu membuat kit alat sofwe yang digunakan oleh banyak syarikat pembangun permainan video, termasuk pembuat permainan Pokemon Go yang popular di wadah telefon bimbit.

Pada September, syarikat itu cuba memperkenalkan dasar yuran baru, dengan mengenakan bayaran baru kepada pembangun permainan yang mencapai pendapatan tertentu dan “nilai ambang” bagi sofwe yang digunakan atau dimasukkan dalam peranti.

Bagaimanapun, menyusuli bantahan daripada pembangun permainan dan harga saham yang merosot dengan banyak, syarikat itu mengubah semula yuran barunya.

Pada Oktober, Ketua Eksekutif Unity, Encik John Riccitiello, bersara dan syarikat itu melantik mantan Presiden IBM, Encik Jim Whitehurst, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara dan Presiden dan rakan kongsi Sequoia Capital, Encik Roelof Botha, sebagai pengerusi lembaga pengarahnya.

Pengumuman syarikat itu termasuk menamatkan khidmat profesional yang melibatkan satu perjanjian antara Unity dengan syarikat kesan visual milik pengarah filem Peter Jackson Weta FX pada 2021, selepas Unity membeli divisyen teknologi dan kejuruteraan Weta FX.

Akibatnya, seramai 265 pekerja dengan tugasan berkaitan perjanjian itu akan diberhentikan, kata syarikat itu.

Syarikat itu berkata ia mempunyai sekitar 7,000 pekerja kesemuanya.

Selain itu, Unity akan juga menutup pejabat di 14 lokasi seperti Berlin dan Singapura, sementara menunggu rundingan pekerja di beberapa negara, di samping mengurangkan ruang pejabat secara ketara di beberapa tempat termasuk San Francisco dan Bellevue, Washington. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >