Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Untung bersih Second Chance Properties bagi enam bulan terakhir merosot 66%

Oct 28, 2020 | 11:02 PM
KEMEROSOTAN UNTUNG BERSIH SECOND CHANCE PROPERTIES: Penutupan salah satu cawangan terbesar Second Chance Properties di Tanjong Katong Complex, seiring dengan penurunan harga, perubahan dalam cita rasa pelanggan, dan trend beli-belah dalam talian yang kian meningkat, juga menyumbang kepada kemerosotan keuntungan bersih syarikat ini. - Foto FAIL
KEMEROSOTAN UNTUNG BERSIH SECOND CHANCE PROPERTIES: Penutupan salah satu cawangan terbesar Second Chance Properties di Tanjong Katong Complex, seiring dengan penurunan harga, perubahan dalam cita rasa pelanggan, dan trend beli-belah dalam talian yang kian meningkat, juga menyumbang kepada kemerosotan keuntungan bersih syarikat ini. - Foto FAIL -

SECOND Chance Properties telah mengalami kemerosotan 66 peratus bagi keuntungan bersihnya kepada $914,000 bagi tempoh enam bulan yang berakhir 31 Ogos lalu.

Namun, keuntungan besih sepanjang tahun hanya turun 6 peratus kepada $4.45 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lapor The Business Times.

Pendapatan bagi tahun kewangan 2020 pula turun 22 peratus daripada $30.76 juta kepada $23.95 juta.

Kemerosotan tersebut disebabkan kerugian hasil jualan pakaian kumpulan ini kerana batasan perjalanan di Singapura dan Malaysia yang dikuatkuasakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Ini membuatkan banyak kedai tutup meskipun semasa bahang suasana musim Hari Raya.

Penutupan salah satu cawangan terbesar kumpulan ini di Tanjong Katong Complex, seiring dengan penurunan harga, perubahan dalam cita rasa pelanggan, dan trend beli-belah dalam talian yang kian meningkat, juga menyumbang kepada kemerosotan ini.

Justeru itu, hasil pendapatan daripada jualan busana bagi tempoh setahun jatuh 65 peratus kepada $1.76 juta.

Pendapatan sewa Second Chance juga merosot sebanyak 35 peratus kepada $4.2 juta - secara asasnya disebabkan pengecualian sewa di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19.

Hasil pendapatan sewa hartanah juga lebih rendah menyusuli penjualan dua hartanah terbabit.

Sekatan Covid-19 juga menjejas perniagaan emas kumpulan syarikat ini yang melaporkan kemerosotan pendapatan 4 peratus.

Jumlah jualan berkurangan walaupun keadaan ini diimbangi dengan kenaikan harga emas dalam separuh kedua tahun kewangan 2020.

Kenaikan harga emas bererti keuntungan sepanjang tahun daripada bahagian perniagaan ini sebenarnya meningkat 53 peratus, atau $1.18 juta, kepada $3.41 juta.

Ini satu-satunya segmen yang melaporkan kenaikan keuntungan bersih bagi tahun in.

Dalam lampiran ulasannya, Second Chance Properties akur dengan situasi di mana "bertambahnya ketidaktentuan ekonomi yang belum pernah dialami sebelum ini" di samping cabaran persaingan sengit dan corak pembelian dalam talian.

"Kita mungkin tidak akan kembali pada era pra-Covid-19 dalam masa terdekat. Lantas Kumpulan ini harus terus menyesuaikan diri dengan cabaran baru bagi memastikan daya tahan dalam jangka masa panjang," jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg