Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

UOB, DBS perkukuh aplikasi bank dengan ciri keselamatan baru

Sep 26, 2023 | 07:49 PM



Dua bank tempatan, UOB dan DBS Bank, telah mengumumkan usaha kawalan lebih besar yang bertujuan melindungi pelanggan daripada penipuan melalui perisian hasad atau ‘malware’, menyusuli daya usaha OCBC Bank.

UOB akan melaksanakan dua ciri keselamatan baharu secara berperingkat di aplikasi bank UOB TMRW mulai Rabu, kata ketua pematuhan kumpulan bank itu, Encik Daniel Ng pada Selasa, lapor The Straits Times.


Kemas kini pertama di aplikasi bank itu akan menyekat akses pelanggan kepada aplikasi UOB TMRW, apabila sebarang aplikasi atau alat yang berkongsi skrin peranti mudah alih, seperti telefon bimbit mereka, dikesan.

Pelanggan boleh menyambung semula akses kepada aplikasi bank itu selepas mereka mematikan perkongsian skrin di aplikasi lain.

Ciri ini akan mencegah pelanggan daripada berkongsi skrin mudah alih mereka tanpa sedar dengan penipu apabila menggunakan aplikasi bank, yang mungkin membolehkan penipu mengawal peranti mereka dan mengambil maklumat perbankan mereka.

Kemas kini kedua di aplikasi bank itu akan menyekat akses kepada aplikasi bank apabila ia mengesan sebarang aplikasi yang dimuat turun daripada laman web pihak ketiga atau laman web tidak berkenaan dengan kebenaran berisiko di peranti mudah alih pelanggan.

Satu mesej ralat yang memaparkan nama aplikasi yang mungkin berisiko akan dicetuskan, dan jika ini berlaku, pelanggan perlu menyahpasang atau menghalang kebenaran akses kepada aplikasi berisiko yang dipaparkan itu, agar dapat mengakses aplikasi UOB.

Encik Ng mengingatkan pelanggan kemas kini baharu itu mungkin menyebabkan beberapa kesulitan, namun beliau berkata ia “perlu untuk keselamatan yang dipertingkat bagi mengurangkan risiko dan melindungi pelanggan daripada terdedah kepada penipuan ‘malware’”.

“Pelanggan boleh berasa yakin bahawa ciri-ciri keselamatan baharu ini tidak memantau aktiviti telefon mereka atau mengumpul atau menyimpan data peribadi,” tambahnya.

DBS yang melancarkan papan pemuka atau ‘dashboard’ pemeriksaan keselamatan awal bulan ini, akan mengeluarkan satu alat anti ‘malware’ baharu di aplikasi digibank DBS/POSB secara berperingkat mulai September ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >