UOB tidak hadapi risiko sistemik akibat krisis minyak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

UOB tidak hadapi risiko sistemik akibat krisis minyak

Feb 16, 2016 | 12:22 PM

UOB tidak hadapi risiko sistemik akibat krisis minyak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Encik Wee Ee Cheong - Gambar fail UOB
Encik Wee Ee Cheong - Gambar fail UOB -

UNITED Overseas Bank (UOB) berkata sekitar $2 bilion portfolionya dalam sektor minyak dan gas mungkin menghadapi kelemahan jika harga minyak terus kekal merosot.

Namun, ketua eksekutif UOB Wee Ee Cheong menekankan bank Singapura ketiga terbesar itu tidak melihat sebarang risiko sistemik bagi asetnya yang terdedah kepada sektor minyak dan gas, mahupun ketaktentuan ekonomi China.

UOB merupakan bank pertama Singapura yang mengumumkan laporan kewangan suku keempatnya hari ini.

Sehingga 31 Disember lalu, jumlah pendedahan UOB dalam sektor komoditi bernilai sekitar $21 bilion, termasuk $12 bilion dalam sektor minyak dan gas, kata Encik Wee dalam satu sidang media.

Jika harga minyak terus kekal rendah, sekitar 20 peratus daripada $12 bilion itu - sekitar $2 bilion - mungkin mudah terdedah kepada risiko.

Namun, ia merangkumi hanya sekitar 1 peratus daripada jumlah aset UOB.

Pendedahan aset bank tersebut di China pula bernilai $21 bilion.

Sekitar $11 bilion daripada jumlah tersebut berada dalam sektor perbankan - 75 peratus dalam lima bank utama negara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg