Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

UOL akan jual Hotel Parkroyal Kitchener pada harga $525 juta

Jul 5, 2023 | 6:34 PM
SIAP DIJUAL: Perjanjian jual beli akan menyaksikan pelupusan lima juta saham biasa pengusaha Hotel Parkroyal Kitchener.
SIAP DIJUAL: Perjanjian jual beli akan menyaksikan pelupusan lima juta saham biasa pengusaha Hotel Parkroyal Kitchener. - Foto ST

Kumpulan hartanah UOL telah memeterai perjanjian dengan entiti Worldwide Hotels, pemilik Hotel 81 di Singapura, untuk menjual Parkroyal di Kitchener Road pada harga $525 juta.

Perjanjian jual beli antara Pan Pacific Hotels Group (PPHG), anak syarikat milik penuh UOL dan Midtown Properties, akan menyaksikan pelupusan lima juta saham biasa pengusaha Hotel Parkroyal Kitchener Hotel (PKH), mewakili keseluruhan saham modalnya yang dikeluarkan dan yang sudah berbayar. Pelupusan akan selesai pada 31 Oktober.

Hartanah PKH terdiri daripada Parkroyal on Kitchener Road, hotel 542 bilik di Little India, dan Arked Beli-Belah New Park.

Pertimbangan itu mengambil kira penilaian terkini hartanah sebanyak $423 juta pada 31 Disember 2022.

UOL berkata bahawa pelupusan itu akan membolehkannya “membuka nilai pelaburannya dalam PKH pada harga yang menarik”, dan merupakan “sebahagian daripada penyusunan semula kumpulan bagi keseluruhan portfolio hartanahnya”.

Ia akan menggunakan pendapatan bersih untuk keperluan modal kerja amnya dan untuk membayar balik pinjaman banknya.

Dalam notanya, cabang penyelidikan pelaburan Citi menyatakan bahawa UOL akan mencatatkan keuntungan pelupusan sebanyak $446.2 juta daripada jualan itu.

Syarikat perkhidmatan hartanah JLL, yang menasihati PPHG mengenai penjualan itu, berkata ini adalah transaksi hotel aset tunggal terbesar di Singapura dan kedua terbesar di Asia Pasifik pada 2023.

Saham UOL ditutup turun 1.8 peratus pada $6.39 pada hari Selasa - sebelum pengumuman itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg