URA lancar penjualan tapak komersial di Beach Road rangkumi bekas balai polis
Premium
URA lancar penjualan tapak komersial di Beach Road rangkumi bekas balai polis
Jul 8, 2017 | 5:30 AM
PERLU DIPULIH SEMULA: Bidaan yang memenangi tender oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bagi tapak seluas dua hektar di Beach Road - tidak kurang daripada $1.138 bilion - perlu memulihara bekas Balai Polis Beach Road di situ. - Foto fail -
PENGUASA Pembangunan Semula Bandar (URA) telah melancarkan tender awam bagi sebidang tapak komersial di Beach Road dan bida yang memenanginya perlu memulihara dan memulihkan semula bekas Balai Polis Beach Road yang terletak di tapak itu.
Menurut laporan The Straits Times, penjualan tapak itu ditawarkan selepas URA menerima permohonan daripada seorang pemaju yang komited terhadap bidaan tidak kurang daripada $1.138 bilion.

